Monday, 6 February 2012

sedetik lebih chapt 1

1

Tangan di tuju ke mulut menahan kuap. Angin malam perlahan menyapu dadanya yang tidak berbaju. Ya Allah, mengantuknya! Mata yang dari tadi semakin lama semakin berat digagahkan juga untuk dicelikkan. Tapi nak buat macam mana, mahu tidak mahu dia harus berjaga untuk hantar assignment ni besok. Kaca mata Prada yang dah telurut sampai ke hidung ditolak naik. Peluh yang mengalir di pipi dibiarkan tersejat, baginya time is gold dan tiada masa untuk mengelap peluh. Sesekali remaja itu menoleh ke arah jam loceng yang dari tadi sedia menemaninya sehingga pagi buta itu.

“Baru pukul 4 pagi…”. Remaja itu meraup muka. Tangannya kembali bertugas di papan kekunci. Melihat kawan-kawan sebiliknya yang sudah lama tertewas di alam mimpi tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan assignment itu. Baginya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Suasana senyap. Hanya bunyi kipas angin yang memecah kesunyian pagi itu. Khusyuk benar matanya menghadap skrin laptop yang berada di hadapannya sejak jam 9 tadi. Yang dia tahu benda itu harus disiapkan pagi itu juga. Kalau tak….

“You’ll have to repeat it again this summer…”

Atau ayat yang lebih mudah difahami adalah - dia gagal -.

Remaja itu menggeleng kepala tanda protes. Sir Mathew tu memang tak bagi muka langsung. Dia ingat assignment tu macam buat cekodok, lenyek-lenyek tepung lepas tu masuk dalam kuali, siap! Nak cepat aje mintanya.

Remaja itu merungut sendiri. Mau tidak mau, dia harus siapkan tugasan itu. No matter what and why…  Sesungguhnya dia tahu, tugasan ‘tahap dewa’ itulah hidupnya. Tugasan yang menentukan sama ada namanya nanti akan menjadi ‘Dr. Asyraf Mikael’  atau bukan. Assigment ‘tak guna’ itu juga yang akan menentukan hala tuju hidupnya nanti.

Tulisan yang terpapar di skrin laptop macam dah berputar-putar. Otak dah serabut dengan tugasan ni! Mike berhenti daripada menaip lalu dia bersandar pada kerusi. Remaja itu menggeliat perlahan merenggangkan otot-otot yang dah kejang menaip dari tadi.

Hot choc yang dah tak beberapa hot itu dihirup perlahan. ‘Bertahanlah wahai Mike, sedikit lagi’. Tinggal lagi satu file. Kau tinggal copy paste je, lepas tu edit mana yang boleh. Ya! Kau boleh!



Mike mendengus perlahan. Tangannya digenggam erat. Sejuk….   Lalu dalam kesejukan itu, dia bangun untuk mendapatkan jaketnya di katil berdekatan. Kain pelekat yang hampir terlondeh dari tadi itu diikat kembali kemas. Sejuk pagi itu, Tuhan sajalah yang tau. Dia saja orang gila yang tak nak pakai baju waktu suhu sedang berada pada takat 2 celcius itu.

Setelah jaket disarungkan, Mike kembali menghadap laptopnya. Tangannya kembali menaip walaupun fikirannya dah lama tidur bermimpi indah. Dia kini umpama jasad yang tidak bernyawa. Jasad yang dikerah bekerja sedangkan jiwa tu dah lama tidur nyenyak diulit mimpi. Tapi nak buat macam-mana, kerja tetap kerja.

Sikit lagi…. sikit lagi….

“Alamak typo error pula!”

“Hish salah lagi..”.

Equation apa ni, tak masuk langsung!”.

Dan akhirnya….

 ya… sikit.. la… gi…. dan…… akhirnya!!!!

Mike tersenyum puas.

Finally  ‘selamat malam semua’……


………………………………………………………………………………



“Sejuknya petang ni,” Kim memeluk tubuh.

“Padahal dah nak masuk summer dah…”.

“Ainul ada bawak sos?”.

“Jap aku pergi amik kat dalam kereta,”.

Nasi berlaukkan ayam masak merah itu dibawa kemulut. Masuk yang ini, ini kali yang ketiga di menambah masakan buatan Ainul itu. Nak kata sedap tu tak berapa la, tapi boleh tahan… Nasib baik la ada sorang mamat ‘Melayu’ yang sesat kat bumi Ireland ni yang pandai masak masakan Melayu. Kalau tak, menggeliat la lidah aku ni nak makan makanan orang Irish kat sini.

Sketch book berwarna biru muda itu ditolak tepi. Khusyuk benar Mike menghadap masakan Ainul. Yang si budak Ainul ni, mak bapaknya sibuk suruh dia ambil kulinari sebab budak ni pandai masak, kalah la masterchef katanya. Tapi degil sangat nak buat ‘engineering’ kat sini.

 Tu la jadinya, seorang budak ‘cooker engine’…

Mata Mike dari tadi tertancap pada keindahan River Liffey. Sungai ‘Ireland’ yang menjadi kebanggaan warga Dublin. Walaupun hampir setiap bulan dia ke sini, perasaan bosan tu tak pernah wujud setiap kali dia bertandang ke situ. Kata orang, ‘tak jemu-jemu dipandang…’

 Entah mengapa anginnya begitu pelik hari tu sampai dia tiba-tiba hendak berpicnic dengan rakan serumahnya di River Liffey hari ni. Mungkin sengaja mahu hilangkan stress setelah tiga bulan yang penuh dengan tekanan menyiapkan thesis Sir Mathew.

Berhempas pulas dia selama 4 tahun itu dalam course ‘Human nutrition and dietetics’. Kesudahannya hanya berakhir dengan thesis yang 50 helai muka surat saja. Dahlah kena berhadapan dengan Sir Mathew yang garang tahap ‘tak ingat’, uni jauh dari bunglow pula tu, dan yang paling ‘best’ budak-budak yang satu course dengan dia semua mamat-mamat ‘specky’ yang nerdy, bawak buku ke sana ke sini macam orang yang tak ada life langsung! Nak kata budak-budak perempuannya, Mike menggeleng kepala. Kalau letak kodok dalam list, kodok lah nombor satu, semua tak boleh buat bini.


            Kadang-kadang tu, ada juga dia terfikir, kenapalah aku mengada-ngada sangat nak buat course ni? Mungkin dia nak jadi doktor suatu hari nanti? Mike sendiri kurang pasti. Mungkin ada benarnya juga, mungkin ‘arwah Akmal’ adalah jawapan bagi segala yang dilaluinya hari ini.

“Woi pakcik, jauh termenung nampak? Sudah terbang ke mana?” Kim, budak course engine, sama macam Ainul datang menyampuk. Tangannya yang memegang botol sos cili dihulurkan pada Ainul.

Mike tersengih. Soalan itu dibiarkan padam tanpa jawapan.

Ala, biarlah mamat tu buat hal dia, korang macam tak tahu je, semalam dia dah hantar thesis ‘maut’ dia kat Sir Mathew. Berjaga sampai pagi sampai dah macam cadaver dah aku tengok muka dia. Biarlah hari ni dia enjoy sikit,” Afiq yang tengah berjaga dekat tempat barbeque menjerit.

Ketawa pecah. Ada-ada je la korang ni.  

“Jadi Inche Dr. Asyraf Mikael, tahniah saya ucapkan atas kejayaan kamu dalam menghabiskan course ‘Human nutrition and dietetics’ dalam masa empat tahun anda di Dublin ini. Tahniah!!” Ainul yang memegang botol sos cili membuat gaya ala-ala pengacara terkenal.


“Budak ‘Honors, Second Class, First Division’lah katakan!” Kim bertepuk tangan.

“Cheers for Micheal!”.

Suasana riuh dengan gelak sakan. Mike dah geleng-geleng kepala. Ada-ada je la member-member aku ni.

“Abang Mike, apa plan abang cuti ni?” tiba-tiba budak Eddie ni datang menyibuk.

“Yela Mike, tak kan kau tak ada apa-apa plan summer ni, kau punya sem kan  habis awal? Takkan, kau nak duduk kat rumah tu terlentang menghadap TV dua puluh empat jam nak tunggu sampai kitaorang semua habis sem yang berbulan lagi nak habis ni? Think something dude!” Afiq mengambil tempat disebelahnya sambil menghirup jus.

Mike terdiam. Tak pernah dia terfikir untuk plan apa-apa untuk cutinya itu. Perlukah dia?

“Entahlah, aku tak fikir apa-apa lagi, maybe aku balik rumah parents aku je kot”.

“Kau buat apa yang kau rasa perlulah, lepas kau graduate nanti kau pergilah mana-mana yang kau nak pergi, tapi jangan lupa budak-budak kat sini, bila kau ingat Dublin Institute of Tech, kau ingatlah kitaorang,” Kim buat muka sedih.

Ketawa pecah. Ke situ pula Kim ni…

“Yela even aku grad awal dari korang, aku takkan lupa la semua roommate aku kat sini, yang tolong aku bayar sewa rumah tu, yang sibuk nak redah toilet, bila time aku nak guna, yang tidur sekatil dengan aku. Aku takkan lupa la korang!” Mike ketawa. Memang frenz la korang ni…

Dalam keriuhan, Mike tersedar. Dia kini berada dikalangan mereka yang menyayanginya. Dengan Kim si budak yang gila-gila. Ainul the cooker boy, Afiq yang tak pernah lepas dari mp3nya. Junior si Eddie tu semuanya best-best belaka. Tanpa mereka, hidup Mike rasa macam kosong tak terisi.

Pandangannya kembali ditala pada River Liffey yang jernih membiru. Sama macam langit pada waktu tu. Tenang. Setenang jiwanya.

Dan dia pula masih dalam waktu berfikir.

Apa aku nak buat cuti ni….

 

………………………………………………………………………

 

“Mama nak itu saja,”….

“Ya sekejap lagi along balik…”.

“Okey, okey, along pun tak lama kat Belfast ni,”

“Okey bye, Assalamualaikum…,”.

Talian dimatikan. Mike kini kesorangan berjalan di tengah-tengah bandaraya Victorian, Belfast. Sengaja mahu berjalan-jalan sekitar Ireland ni sebelum jumpa mama dengan papa dekat rumah. Alang-alang nak jumpa mereka, sengaja dia singgah di Victorian untuk membeli buah tangan.

Carrolls… Carrolls… Carrolls… aha.. jumpa pun!

Mike tersengih puas. Akhirnya kedai yang menempatkan pelbagai barangan berjenama itu dijumpainya juga berdekatan bandar Victorian ni. Bukan dia tidak tahu, di situ memang banyak kedai-kedai atau butik-butik yang terbaik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan kualiti barangnya.

Mike memasuki Carrolls. Lama dia memerhatikan sekeliling, mana tahu ada yang berkenan di mata, untung-untung boleh hadiahkan pada mama. Semua barangan yang dipamerkan mempunyai nilai yang tersendiri. Akhirnya setelah puas menilai, matanya tertancap pada satu ukiran kecapi yang diukir halus. Seni yang dirasakan istimewa oleh Mike.

Lalu dia bersetuju untuk membeli ukiran itu. Mike menuju ke kaunter bayaran.


ag cén praghas?” fasih lidahnya menutur bahasa Irish.

ach € 10 leat…”.

            Lalu Mike membayar dengan harga 10 euro.

buíochas a ghabháil leat…”.

            “le chéile,”.

            Mike tersenyum girang. Sudah dapat apa yang diinginkan dan dia kini boleh pulang ke rumah dengan senyuman di pipi. Langkahnya laju diatur ke pintu masuk tanpa menoleh kiri dan kanan. Tidak semena-mena…

           “Bukkk….”.

            “Ops, sorry,”. Mike terkejut. Buka saja pintu kedai dia telah berlanggar dengan seorang perempuan. Kaca matanya terlurut sampai ke pangkal hidung. Nasib baik ukiran itu masih tergenggam kemas di tangannya. Kalau jatuh tadi sia-sia saja. Mike menoleh ke belakang. Kesian perempuan tu, jatuh terduduk dia.

           Mau tidak mau, terpaksalah Mike membantu perempuan tersebut. Tangan gadis itu digapai erat. Gadis itu dilihat cuba menggagahkan diri untuk kembali berdiri.

            “leithscéal deartháir aintín liom,” Mike cuba berbahasa Irish walaupun dari wajahnya Mike boleh mengecam yang gadis itu datang dari sebelah Asia. Melalui gayanya, lagaknya.


            “ní ábhar,” perlahan dia menuturkan.

Gadis itu nampak seperti kepenatan. Seperti dia sedang mengejar sesuatu. Nafasnya turun naik menahan semput. Rambutnya yang mengurai panjang melepasi bahu itu cuba untuk diluruskan.

Mike melihat gadis itu atas bawah. Tubuhnya tidaklah tinggi Cuma lebih rendah sedikit daripada dia. Gadis itu dilihat mengenakan gaun labuh berwarna dark maroon sesuai sangat dipandankan dengan stiletto merah yang dipakainya ketika itu.

Dalam kelam kabut itu, Mike terpegun dengan kecantikan gadis itu. Masakan tidak, wajahnya yang putih gebu. Bentuk badan yang menggoda persis Katy Perry
mengingatkan Mike pada seseorang yang cukup dikenalinya suatu ketika dulu.

           “Asian?” Mike cuba meneka.

            Gadis itu mengangkat kepala. Tangannya masih mengibas debu-debu yang melekat dipakaiannya sewaktu terjatuh tadi.

            “Malaysian. You?”. Salaman dihulur.

            Mike tersengih sambil menyambut lembut huluran tangan gadis itu. Betutllah…

            “Sorry langgar you tadi, ada external injured?”.

            Gadis itu tersenyum padanya. Melayu juga mamat ni..

            “I’m fined,”.

            “Your Irish language need to improve a lot!” Mike sengaja mengusik.

You tak nampak macam orang Asian langsung, more to Irish guy I think!”.

            Mike ketawa. Muka aku ni nampak macam orang Irish. Hebat…

            “So, I’m Atilia, you?” gadis itu memperkenalkan dirinya.

            “I’m Mike, nice to meet you Atilia,” Mike berlagak macho.

            Atilia tersenyum.

            “You tak ada Malay name ke. Ye la, I mean should Malay boy named Abu ke, Dolah ke, Samad ke… you takkan ‘Mike’ je?”.

Aik, peril aku ke minah ni. Mike menarik muka dalam diam, namun senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
           
“Asyraf Mikael bin Khalis Sulaiman, you can called me Michael if you want to,” Mike memperkenalkan dirinya.



            “So Mike, nice to meet you, should we walked?” Atilia mempelawanya berjalan-jalan. Mike tersengih. Ukiran yang masih tergenggam kemas didalam tangannya di bawa masuk ke dalam beg galas yang sekian lama tersandang di bahunya.

            “Why not?” Mike mengangguk.

            Atilia tersenyum. Langkahnya diatur perlahan melalui deretan butik-butik di bandaraya Victorian itu. Dalam diam Atilia mengintai-intai melihat wajah comel Mike. Walaupun Mike ni macam budak ‘specky’ sikit, tapi dia tetap nampak smart di mata Atilia. Senyuman Mike yang tak pernah lekang dari tadi membuat hatinya cair. Walaupun hanya dipadankan dengan jaket hitam dan jeans lusuh bewarna biru tua, dia nampak seperti lelaki yang sempurna sekali sifatnya.

Atilia dapat merasakan yang Mike ini mempunyai ciri-ciri idaman yang sempurna untuk semua wanita. Ala-ala pelakon winter sonata gitu. Handsomenya mamat ni…

            “Kenapa you pandang I macam tu, is there something wrong with my face?” Mike berasa janggal. Tangannya meraba-raba muka. Ada jerawat baru ke? Ish ada yang tak kena ke dengan muka aku yang hensem ni? Mike membuat andaian sendiri.

            Melihat Mike yang tengah panik dengan wajahnya membuatkan Atilia ketawa. Kelakar betullah mamat ni. Memang ada sense of humour

“You ni funny la. I suka. By the way, you student ke dekat sini? Tak pernah pun I nampak you kat Belfast ni. Is it your first time here?” Atilia merenung perlahan anak mata Mike. Mereka kini berjalan berhampiran City Hall.

            Mike menghela nafas. Tangannya dimasukkan ke poket jaket. “No actually, I baru je habis study last week. Ambil Human Nutrition and Dietetics course. Since dah nak grad, I saja je nak datang sini, makan angin. Ni I saja je nak beli buah tangan sikit untuk parents I,”.

            Atilia mengangguk. Suasana sepi sebentar. Tiada perkataan yang keluar daripada mulutnya mahupun Mike. Dua-dua diam mebisu.

Atilia memerhati sekeliling. Ni kenapa pula aku ni, dah jadi bisu pula bila jumpa mamat hensem ni.

            Sesekali dia terdengar Mike berdengus sendiri. Masih lagi sepi dari tadi. Hanya tapak kasut yang bermain irama. Mulut mereka terkunci seribu bahasa. Mike mengeluh. Susahlah macam ni, yang lelaki pemalu, yang perempuan tak nak cakap. Mike menggeleng-geleng kepala. Come on Mike! Lets show her who’s the men, talk to her dude!

            “Jadi …”.

            “So..,”.

            Suasana senyap. Kemudian mereka ketawa.

            “Tak mengapa, you go first,” Atilia tersenyum. Macam mana boleh sama-sama pula ni.

            “Jadi, apa tujuan you datang Belfast ni?” Mike tersengih. Apa soalan daa…

            Atilia memandang Mike penuh tanda tanya.

            “Kenapa salah ke I tanya?” Mike buat muka tak bersalah.

            Atilia ketawa. “You ni kan, I usik sikit je dah kalut semacam,”.

            Sekali lagi Mike berdengus tanda protes. Ada-ada je la bahan minah ni nak kenakan aku. Mike tersenyum sendiri.

            “Herm… actually tadi I’m here with my friends. Kitaorang saja nak melawat Titanic but suddenly I don’t remember at all.  Tiba-tiba je I missing in action. I’ve tried to call them many times but there was no answer.  Sampai la bateri I mati. Luckily I’ve found you, masa I tengah panik tadi” Atilia akhirnya menceritakan perkara yang sebenarnya.

            “Tu yang kalut sampai redah orang macam orang kena kejar hantu je,” perli
Mike. Tawanya masih bersisa dari tadi. Memang boleh ketawa bila teringat peristiwa tadi. Aci main redah je tak tengok depan belakang. Last kali, cik adik sendiri yang ‘bedebuk’ jatuh macam nangka busuk.

            Atilia memuncungkan bibir. “Ala, bukan sengaja pun, sorry again Mr. Mike, tak kan awak marah lagi pasal tadi,”.

            Mike ketawa. Mak ai, touchingnya minah ni. Baru usik sikit. Nasib baik comel. Kalau tak, aku dah campak lama dah kat sungai Liffey tu.

            “Dah lama dah I maafkan you,”. Mike menguntumkan senyuman paling manis untuk Atilia. Baginya gadis itu memang tidak bersalah sama sekali. Mungkin bila dia berada di tempat Atilia, dah berduyun-duyun dah orang dia langgar.

            “Thanks”. Dan gadis itu sekali lagi tersenyum berbunga.

            Langkah mereka berhenti di sebuah taman yang terletak di tengah bandar. Cahaya matahari yang memancar memberikan sedikit kehangatan di bumi Ireland itu. Atilia lalu melabuhkan punggung di sebuah bangku kosong yang berhampiran. Gadis itu membetulkan rambutnya yang sedikit kusut ditiup angin. Macam iklan Sunsilk yang selalu Mike tengok sewaktu dekat Malaysia 6 tahun lalu.

“You nak ice-cream, I belanja. Tadi I ada nampak pak cik jual ice-cream kat hujung sana tu,” gadis itu tiba-tiba mempelawa Mike untuk dibelanja.
Mike terdiam.

“You nak tak?” sekali lagi Atilia merenung wajah Mike. Mamat ni tidur ke bila aku cakap dengan dia…

Sorry, I mengelamun tadi. You cakap tadi you nak belanja I ice-cream kan? I tak nak coklat okey,” Mike menoleh ke arah Atilia. Kaca mata Pradanya ditanggal sebentar. Mata yang dirasakan termasuk habuk digosok perlahan.

“Oh, okey. I’ll be back for a sec..,” perlahan Atilia bangun meninggalkan Mike yang masih di bangku taman.

Mata Mike mengekori langkah Atilia yang semakin jauh meninggalkannya.
Dari jauh dia kelihatan sangat serupa dengan ‘dia’. Seorang gadis yang pernah Mike kenali suatu ketika dulu. Gadis yang menjadi penghibur dan penawar duka Mike. Gadis yang pernah dicintainya suatu masa dulu. Sungguh Atilia mirip sekali ‘dia’. Mike meraup muka. Ya Allah, mengapa kau temukan aku dengan Atilia di bumi Ireland ini Ya Allah. Adakah ini takdirku Ya Allah?

            Gayanya, langkahnya, cara percakapannya hampir mirip sekali si ‘dia’.
Walaupun dari segi fizikal, wajah Atilia lebih kebudak-budakkan namun hampir kesemuannya yang dilakukan, Atilia memang mirip sekali dengan ‘dia’. Memang tidak dinafikan lagi…

            “Mike…”.

            Tak mungkin, tak mungkin Atilia tu adalah dia… Tak mungkin.

            “Mike!”.

            Dan Mike tersentak dari lamunan…

“You dengar tak ni, dah berpuluh-puluh kali I panggil you tapi you tak dengar. Ni ice-cream you ni, dah nak cair dah dekat tangan I,” Atilia dengan penuh mencuka menghulurkan ais krim yang separuh cair kepada Mike. Remaja itu hanya mampu tersenyum.

Ala, kesian dia, meh sini cik abang tolong lapkan,” Mike membuat ala-ala manja. Sapu tangan dari dalam koceknya dikeluarkan lalu dilapkan pada tangan Atilia yang terkena ais krim tadi.

Atilia tergamam. Tanpa disedari, lelaki itu memegang lembut tangannya. Tangan yang terkena ais krim itu dilap sempurna.

Thanks, Mike,”. Atilia memandang tangannya. Bersih.

Thanks juga sebab belanja I makan ice-cream,” Mike tersenyum. Sapu tangan itu kembali dimasukkan ke dalam kocek. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada ais krim yang mencair.

“Atilia…,”.

“Yup, kenapa?”.

“Mana you tak I suka vanilla mocha?”.

Atilia mengangkat muka. Matanya ditoleh ke arah Mike disebelahnya. Aik tu memang favourite dia ke? Aku aci main redah je tadi.

“You kata you tak suka chocolate, so I randomly choose that,” Atilia memberitahu. Nasib baik dia suka…

Thanks again,” Mike kembali menghadap ais krimnya yang tinggal separuh.

Suasana kembali sepi. Hanya sesekali terdengar hilaian tawa kanak-kanak yang berkejar-kejaran di taman itu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hari dah makin gelap. Matahari kelihatan hampir tenggelam.

“Mike, I nak tanya you something boleh?” Atilia menjilat sisa baki ais krimnya. Wajahnya kini difokuskan kepada Mike. Rambutnya dibiarkan terbuai mengikut arus angin.

“What is it?”.

“Its about me…”.

Huh, soalan apa macam tu. Mike memandang wajah Atilia dengan seribu tanda tanya.

“Tak faham,” balas Mike ringkas.

“I mean, ada something about me yang you tak nak bagi tau….”.

“Lia!”.

Atilia menoleh. Kelihatan sekumpulan mahasiswa menuju ke arah mereka.

“Lia!!!”.

Mike melihat gadis itu tersenyum. Tanpa berlengah lagi Atilia pun menuju ke arah mereka sambil berpelukan. Mike mengagak yang merekalah kawan-kawan Atilia. Tubuhnya digagahkan bangun menuju ke arah Atilia. Dia hanya membatu di situ tanpa sepatah kata.

“You ni Lia, puas kitaorang cari you, tak sangka pula you dekat sini,”.

“Penat kami cari you, you boleh sedap-sedap dating dengan pakwe you, apa punya kawan la kau ni,” seorang lelaki mengusik Atilia.

Mike tersenyum. Aku ke tu?
“Hish you guys ni, memandai je. Ni I nak kenalkan kawan I, Mike. Kitaorang terjumpa tadi,” Atilia memperkenalkan Mike yang berada di sebelahnya.

“Acctually, terjumpa secara tak sengaja…” Mike mengusik Atilia.

“Nice to meet you, I’m Scha” gadis bertocang yang dari tadi berkepit dengan Atilia memperkenalkan dirinya.

“Mamat yang serupa kerek ni, Boboi. Yang cik adik manis bertudung litup ni namanya Yuna. Yang ala-ala lelaki melayu terakhir ni…..,”

“Fakhrul kan….” Belum sempat Atilia memperkenalkan kawan-kawannya, Mike menyampuk.

Fakhrul yang dari tadi diam merenung lama wajah Mike. Memori ligat diputar kembali. Lalu dia tersenyum gembira.

Dari satu sudut Atilia terpinga-pinga melihat. Aik mereka ni pernah jumpa ke? Otaknya cuba mentafsir sesuatu.

“Asyraf Mikael bin Tan Sri Khalis…” Fakhrul bertutur perlahan.

“Lama tak jumpa, kawan lama.” Mike tersenyum puas. Lalu mereka berpelukan gembira. Di tengah-tengah bandaraya Victorian, dua sahabat lama kini terjumpa secara ‘tak sengaja’….






Maksud ayat…

buíochas a ghabháil leat
terima kasih


le chéile
sama2

ag cén praghas?
Berapa harga

ach € 10 leat
Cuma 10 euro tuan..