Wednesday, 9 November 2011

Seteguh kASIH sYah Jehan trailer..

5




         
“Huish biar betul!!”,

Akmal, Syirol, Mcceq, Razman, dan K-9 dah terguling-guling terbahak-bahak di atas padang bola. Bola di kaki Sapoi dah terlepas dari imbangannya. Jus oren Halim dah tersembur dari mulutnya setelah mendengar berita tersebut.

Shawn berdiri tersengih-sengih cuba meredakan keadaan. Gamat suasana padang bola petang itu. Semua pemain kelab bola sepak sedang bersidang di hadapan gawang gol.
Perutusan daripada Shawn tadi benar-benar memeranjatkan. Roslan si naib pengerusi di sebelah buat selamber jer...

“Kau biar betul!” Akmal bertanya lagi. Masuk kali ni dah lima kali soalan yang sama diulang dan jawapan yang sama...

“Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka,” Shawn mengangguk lagi dan sekali lagi suasana gamat dengan tawa ahli pasukan kelab bola.

“Takkan la manager kita Shark tu?” bulat mata Dean.

“Erm....”

The superb octopus with extra slime genetic in the universe tu!”

“Lelaki minah tu ke?”

       “Budak mummy boys tu?” Halim menyampuk.

         Shawn angguk lagi. Futus fius! “Betul la tu, ada muka aku buat lawak cekodok tengah-tengah panas ni!” .

   Suasana gamat.dengan gelak sakan. Haa baru korang tau mana langit mana bumi....Perutusan petang itu menyatakan bahawa manager kelab bola sepak SMK Maremawian yang terbaharu adalah Shark! Mamat bunga kelas 3 Oxide.

“Haila, ni dah sangat lawak antara benua! Giler.. ni semua idea Sapoi la ni!” Akmal mengangkat kening double-jerk.

      “Betul ! aku sokong seratus sepuluh peratus! Macam mana Cikgu Zarol pilih mamat tu. Boleh ke dia handle kelab kita ni yang seko-seko perangai macam udang?” Syirol sengih keji.

      “Aku tak de kaitan!” Sapoi membantah.

      “Tapi sebenarnya aku okey jer. Tara hal punya!”  Razman mengangguk.

      “At least dia tak pakai tie masa meeting!” Dean mencelah.

      Ketawa pecah. Apa punya alasan daa... Akmal menggeleng kepala kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

      Aha!! Lalu dia merenung Rizman dan Rizman merenungnya kembali. Lantas masing-masing tersenyum.

      Ardy mencebik. Mata-mata lain tertumpu pada Akmal.

      “Aku ada plan best punya!” Akmal ketawa jahat.

      “Siapa ?”.

      “Shark.....”.


      ...............................................................................................................................

Sewaktu melintasi di hadapan kelas 5UKM, Asyraf melambatkan langkahnya. Seketika Asyraf menjenguk kepala di dalam kelas macam perisik handalan.

“Apasal la mamat ni, buang tabiat ke?” Fakhrul di sebelah dah buat muka toya. Dari pagi tadi semacam je mamat ni. Putus vessel agaknya...

“Tak aku tengah cari seseorang ni, teman aku kejap boleh?” Asyraf sengih nakal.

“Ada-ada je kau ni. Siapa ?”. Fakhrul bertanya.  . Earphone disumbat ke telinga. Tangannya ligat menekan punat MP3 mencari lagu Casanova.

Asyraf diam. Matanya tertumpu ke arah kelas 5UKM.

“Mana pula dia ni,” Asyraf seperti hilang semangat.

“Assalamualaiku….,”.

“Opocot..David Beckham makan bola….!!!,” Asyraf melatah. Mujur tidak kedengaran.

Jantungnya seperti mahu berhenti. Dia benar-benar terkejut. Tiba-tiba sahaja satu suara menyergahnya dari belakang.

“Waalaikum salam…,” Asyraf menoleh. Hatinya semakin berdebar-debar.

“Oh…. Cikgu Borhan… Apa cikgu buat di sini?,” .

“Sepatutnya saya yang tanya kamu….. Apa kamu buat di sini.. bukankah sekarang waktu pembelajaran. Mengapa kamu merayau-rayau di sini,” guru itu mengherdik.

Asyraf kaku. Dia sepatutnya tidak bertanyakan soalan itu tadi. Matanya tajam melihat wajah Fakhrul dibelakang Cikgu Borhan yang dah macam mayat cadaver, pucat!

Mati aku...

“Saya ini cakap dengan awak, bukan dengan dinding… jawablah !!!,” guru itu bertanya lagi.

Asyraf tersentak namun masih ada keberanian untuk melawan kata-kata guru itu. Baginya setiap soalan ada jawapannya. Asyraf mula menyusun kata-kata.

“Kami pelajar form 5 hari ni tiada kelas cikgu. Saya sebenarnya mahu ke perpustakaan mencari rujukan untuk pembentangan kelas ‘biology’ nanti,” Asyraf menggeletar. Goreng saja da....

Yeah, kemenangan milikku ! Asyraf mencium bau kemenangan.

Cikgu Borhan terdiam. Barunya teringat bahawa guru-guru tingkatan 5 semuanya menghadiri kursus pada hari itu jadi kelas mereka dibatalkan serta merta. Dia mengangguk lantas berlalu pergi. Malu agaknya!

“Nasib baik tak mati tadi, yang kau pun satu bukan nak warning yang Cikgu tu lalu kat area ni, tak pasal-pasal aku kena ‘tipu sunat’!”.

“Mana la aku tau, tiba-tiba je turun dari langit agaknya. Nasib baik MP3 aku ni tak kantoi, kalau tak wassalam...,” Fakhrul sengih.

Langkah mereka dipercepatkan. Mana la tahu nanti ada ‘bala’ lain datang.


“Alamak.. macam mana aku boleh lupa ni,”. Asyraf tersedar. Dia ada urusan yang lebih penting untuk dibereskan. Asyraf resah. Jejak remaja itu tidak lagi kelihatan.

“Ni tadi kata nak pergi library?”  Fakhrul merenung Asyraf.

“Bila masa?”

“Cikgu Borhan?  Biology tesis?”.

“Aku sekeh kepala kau nak!” Asyraf mengacukan penumbuk.

Ketawa pecah. Sarkastik betul....


............................................................................................................................


Keadaan Cyber Café sekolah petang itu lengang sekali. Kadang-kadang terdengar bunyi dentam-dentum permainan video yang semakin popular di situ.

Mata Akmal fokus benar menatap skrin komputer. Sesekali terdengar bunyi klik tetikusnya ditekan sana sini. Khusyuk benar remaja itu melayari laman web yang menjadi kegilaan ramai generasi alaf baru kini.

“Papp” satu tepukan menyergah Akmal dari belakang menggangu kosentrasinya melayari ‘Facebook’.

“Ooo mak…,”Akmal melatah. Akmal menoleh kebelakang dengan segera. Perasaan Akmal bergelodak melihat Ardy dengan raut wajah yang kurang menyenangkan.

Akmal diam. Aiyk, lain macam je mamat ni, kenapa aku rasa macam ada aura membunuh je... Matanya merenung wajah Ardy.

Ardy membisu seribu bahasa. Nasihat Akmal tidak dihiraukan. Mukanya jelas mempamerkan aura kejahatan. Buku limanya digenggam erat. Melihat dari raut wajah Ardy, Akmal dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Kau ni kenapa? Macam ada masalah aje. Kalau ada masalah, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong,”.

“Bushh,” Satu tumbukan kemas mengenai pipi Akmal. Akmal terkesima. Pergh!! Rasanya hanya Tuhan yang tahu. Darah mengalir keluar dari mulutnya di kesat perlahan-lahan.

Whats your problem! Your too much Ardy,” Akmal bersuara tegas. Mukanya sudah merah menyala menahan perasaan marah yang teramat sangat.

 Pengunjung di situ hanya diam tanpa kata-kata seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Penakut!!

“Nampaknya aku kena selesaikan sendiri..,” monolog Akmal. Kini berpasang-pasang mata melekat ke arah kami.

Nasib baik Malaysia ada undang-undang…. Kalau tidak dah lama mamat ni pakai    kerusi roda! Akmal mengetap bibir menanti apa yang akan berlaku padanya nanti.

“Sekarang aku dah tahu siapa diri kau yang sebenarnya! Kau hanya nak bercinta dengan Safurakan. Sebab itu kau berkawan baik dan berpura-pura dengan aku. Semua ini hanya lakonan kau semata-mata,” suara Ardy memetir.

“Your talking nonsense Ardy, straight to the point la?” Akmal menyoal. Dia sendiri terpinga-pinga mendengar tomahan Ardy yang tajam menikam.

“Jangan nak bersandiwara dekat sini. Enough is enough… kau sama saja seperti ‘player’ yang lain!” jerit Ardy.

“Kau tahu yang aku couple sekarang dengan Safura, so apa masalah kau,”.

“Ardy, kau jangan tuduh aku bukan-bukan, aku bukan macam yang kau sangka…,” Akmal cuba mempertahankan maruahnya. Mata Akmal panas. Apa ni, ni pertama kali dia melihat sahabat baiknya meningking sedemikian rupa.

Oh Tuhan! Berikanlah aku petunjuk. Hanya pada kau aku berserah. Kalau diikutkan hati, ringan sahaja tangan Akmal mahu menampar mulut celopar itu.

Akmal mengurut-urut dada, menahan sakit yang menerjah di  dalam lubuk hatinya.

“Kau ingat aku tak tahu ! Korang berdua buat apa semalam  di dalam kelas berdua. Siap bergelak ketawa lagi. Lagi satu aku selalu nampak kau makan, minum and everything dengan Saf. Apa ni ! Harapkan pagar, pagar makan padi,” Ardy semakin tertekan.

“Shut up Ardy, your enough!”. Kali ini Akmal bangun dan tangannya menghempas meja.

Akmal mengetap bibir. Berkerut dia memandang wajah Ardy. Mukanya semakin panas. Siapa yang tidak malu dilakukan sedemikian rupa. Apalagi di khayalak ramai sebegitu...

“Kau, kau tak faham... kita orang just study sama-sama je. Dia tak faham aku, bagi tau, aku tak faham aku tanya dia. Lagipun, PMR dah dekat..,” Akmal membidas.

Ardy merenung Akmal. “I damn well known what Im talking about, Akmal!!”.

“Pang..,” satu penampar sulung diberikan percuma oleh Ardy. Akmal kaget. Tergamak lelaki bernama Ardy menghancurkan persahabatan mereka hanya kerana percintaan.

“Jika kau biarkan ego kau terus membelenggu diri kau, aku khuatir bila kau sedar, segalanya sudah tak bermakna lagi dan waktu itu kau akan menghabiskan hidup kau meratapi dan menyesali perbuatan busuk kau ni,” Akmal sungguh sedih melihat perubahan kawannya itu.

Well, we will see siapa yang akan menyesal, sama ada kau atau aku? Aku kecewa dengan kau Ardy, kerana perempuan tu, kau sanggup tumbuk aku, kerana perempuan tu, kau lupa pada persahabatan kita. Bila kau tumbuk aku tadi umpama kaun telah hancurkan persahabatan kita,” dengan pantas Akmal mencapai kunci motornya, lalu meninggalkan Ardy yang masih dibelenggu kemarahan di cyber café tersebut.



            ........................................................................................................



Akmal memecut laju ke arah simpang tiga Jalan Persekutuan. Rasanya dah dekat dua traffic-light merah dihiraukannya. Fikirannya berserabut. Hatinya berkecamuk memikirkan hal sebentar tadi. Sungguh tak disangka...

          “Sekarang aku dah tahu siapa diri kau yang sebenarnya! Kau hanya nak bercinta dengan Safurakan. Sebab itu kau berkawan baik dan berpura-pura dengan aku. Semua ini hanya lakonan kau semata-mata,” suara Ardy memetir.

“Your talking nonsense Ardy, straight to the point la?” Akmal menyoal. Dia sendiri terpinga-pinga mendengar tomahan Ardy yang tajam menikam.

“Jangan nak bersandiwara dekat sini. Enough is enough… kau sama saja seperti ‘player’ yang lain!” jerit Ardy.

“Kau tahu yang aku couple sekarang dengan Safura, so apa masalah kau,”....

Couple??  Sejak bila mamat underground tu boleh jatuh chenta dengan minah debunga macam tu. Musykil.... musykil...

Akmal mengetap bibir. Tangan kirinya mengusap-usap kesan lebam di pipinya akibat tumbukan Ardy tadi. Sakit!

Sanggup mamat tu buat aku macam ni. Pasal aku kacau buah pengarang jantung intan payung dia, persahabatan kita orang jadi wasalam.... Tapi selama ni aku memang baik dengan Safura apa! Semua orang tau!

Mata Akmal berair. Lantas manik-manik jernih mengalir di pipi tanpa sempat diseka. Kejamkah dia pada Ardy? Hanya gara-gara ‘cinta monyet’ yang tak kesampaian, persahabatan yang dijalankan selama ini hancur musnah...

Minyak dipulas lagi. Meter motor menunjukkan bahawa Akmal kini membawa 100km/sejam. Akmal tak peduli! Bunyi hon dibelakang  semakin jelas kedengaran.

Dasar peacebuster petala kelapan,  totally perosak alam! That man is good for nothin....

Belum sempat perkataan diucapkan pandangannya kabur lalu suasana bertukar hitam...

6 comments:

  1. ni FIRST novel aq so hopefully korang suke ye.. hahhaa

    ReplyDelete
  2. bezt pa novel nie...bashya!!!g0d j0b..!!

    ReplyDelete
  3. maaf nak tanya n0vel Seteguh kASIH sYah Jehan nie dah d psarkan ke??sbb klw da dkluarkan sya xprnah g jmpa n0vel tjuk mcm nie..sbgi tuan pnya bku,sya nak in4mati0n tntng bku nie bleh tak smada dah di bkukan atw bl0m??
    trIma KaSih

    ReplyDelete
  4. hahaha... belum lagi la.. its just nak mengisi masa lapang,,, bila bosan and i write... simple.. nnti lah kalu ada rezeki saya bukukan,.. insyaallah..

    ReplyDelete
  5. ouh...i see..
    so hopefully crta nie dsmbng smla scept yg mngkn yer..xsbar rsnya nak bca..

    P/s:
    sya xksah pa orng nak kta,wlupn pnulisan awk nie mmng da sma skit ngan krya Hlovate..i think it's okay!!..
    bak kta Hlovate dlam karyanya..Tarappappa..huhu

    ReplyDelete