Friday 16 March 2012

kenang daku dalam doamu... cerpen..

Kenang Daku dalam Doamu…


Akmal merenung kelendar di dinding. 23, 24, 25, 26….. alamak... PMR dah dekat! Dalam 50 hari je tinggal. Akmal memicit pelipisnya. Kaca mata Prada yang hampir terlucut ke pangkal hidung di tolak naik. Mahu tidak mahu, dia harus menghabiskan pembacaannya sekarang juga. Perpustakaan pun dah nak tutup. Geografi dengan Sejarah tak habis lagi. Syukurlah subjek Sains dan subjek sasteranya masih di tangga selamat.

Pen di tangan diputar 360 degree. Otaknya ligat memikirkan solution math di depan mata. “Kalau circumference circle, kita kena cari length of arc dulu. So, kalau kat sini ‘LOA’ dia 27, plus dengan ...”. Akmal menggaru kepala. Apalah susah sangat ni...

Akmal merenung sekeliling. Perpustakaan ni pun satu hal. Kenapalah sejuk tahap giga. Naik beku otak aku mencerna segala bagai ilmu ni, dengus Akmal sendiri. Buku ‘Success Mathematics’ di depan diselak satu persatu. Topik linear and equalities... squares... polygons... aha jumpa!

Matanya difokus menghadap buku itu. Otaknya cuba mentafsir sesuatu. “Oh, macam ni ke rupanya! ‘LOA’ kena multiply dengan angle circle divide by 360 degree. Lepas tu cari radius dia dan taa daa... the answer is 24 cm...” Akmal tersenyum puas. Jarinya laju menekan punat kalkulator casio 570 yang setiasa menemaninya di sisi. “Yes betul!”.

Tubuhnya disandar pada kerusi. Penatnya Ya Allah, kalah atlet balapan rasanya. Remaja itu kemudian menoleh ke arah Ardy dengan Dean di sebelahnya yang sedang tekun membaca. Khusyuk betul mereka buat homework. Si budak Jent tu dah lama berdengkur kat hujung meja. Biasalah the ‘sleeping beast’ tu. K-9 pula dah macam cadaver hidup je. Hidup segan mati tak mahu. Pucat betul muka dia menatap buku ‘ Easy Science’ dari tadi.

“ Korang buat apa tu ?” soal Akmal. Pen ditangan diputar 360 darjah.

“Sains” Dean bersuara.

“Geografi” sahut Ardy kemudian kembali fokus. Sekejap dia menggeliat. Sekejap dia mengetuk pen di atas meja. Sekejap garu kepala. Pening Akmal melihat gelagat kawan-kawannya itu.

Lama Akmal merenung wajah Ardy. Biarpun remaja itu tidak menghiraukannya kerana sibuk melakar peta geografi yang disuruh oleh Cikgu Sam, Akmal dapat merasakan Ardy tahu bahawa dia sedang melihat dirinya diperhatikan.

Ardy yang dia kenal kini bukan Ardy yang pernah dikenalinya suatu masa dahulu. Engku Arman Ardy bin Engku Zulkifli ini lain benar dari perangainya yang sebelum ni. Ardy yang Akmal kenal dahulu mulia benar hatinya. Persahabatan mereka yang telah dijalinkan sekian lama kini tampak goyah dengan hanya dengan kehadiran seorang gadis bernama Safura dalam diri Ardy.

Bermula dengan perkenalan di laman muka buku. Akmal mula merasakan Ardy kini sudah dilamun cinta. Pernah sekali, Ardy mengajak Akmal untuk menemaninya bertemu Safura di Jalan Dewangga. Bermula dari saat itu, dia dan Safura mengenali satu sama lain. Akmal tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, namun Akmal tahu, setiap makluk ciptaan Tuhan ada perasaan tersendiri, ada naluri sendiri.

Sememangnya cinta itu menuntut pelbagai usaha dan jalan ke tanggga kejayaan. Berita itu akhirnya sampai ketelinga Akmal jua. Perkhabaran di mana Safura telah dipindahkan ke sekolah SMK Dato’ Harun rupanya benar belaka. Nampaknya Tuhan memang mahu menguji dia dan Ardy tatkala di mana Safura telah ditempatkan dalam kelas mereka. Macam ni, bertambah mianglah si Ardy tu gayanya.

Kepalanya ditongkat ke dagu mencari keselesaan. Malas mahu menyambung matematiknya yang masih berjela soalan-soalan yang menunggu dijawab.

Bagi Akmal tidak salah untuk bercinta, cuma masa kurang sesuai untuk mencambah benih-benih cinta yang tersemai di dalam hati seseorang lebih-lebih lagi ketika hampir menjelang PMR. Tidak kena pada masanya.

Akmal sedar memang susah untuk menjauhkan diri dari cinta pandang pertama. Mungkin sebab dulu pun dia pernah bercinta agaknya. Yelah, orang kata first love is truthly truth love... aku ni la payah betul nak lovely... mushy.... windu-rindu ni. Haila... kalau la dia ni macam mamat-mamat penchenta kat luar sana tu yang hari-hari makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena disebabkan awek... alamatnya satu KL along kejar dia bawak parang.

Akmal termenung lagi. Memori ligat diputar kembali. Teringat akan kisah sewaktu dia masih hingusan ketika belajar apa itu C.I.N.T.A . Memorinya pada seorang gadis bernama Wafaa....

.............................................................................................................................

Dia bukan seorang gadis yang paling cantik berbanding gadis-gadis lain yang pernah dilihat Akmal. Ketulusannya menawan hati Akmal. Di situlah letaknya keistimewaan seorang gadis bernama Wafaa.

Sesungguhnya niat Akmal ketika itu mahu mengejar bas yang dinaiki Wafaa sewaktu ketika dahulu membuat gadis itu terpegun. Semata- mata untuk memberikan sekuntum ros merah yang dipetiknya di hadapan sekolah. Akmal sanggup mengejarnya sampai dapat biarpun teman-temannya yang lain hampir pecah perut mentertawakannya.

“Awak… saya suka awak,” Akmal tercungap-cungap. Badannya basah lencun bermandi peluh.

Bulat mata Wafaa ketika itu. “Ada budak sekolah menengah suka Wafaa,” pelajar lelaki mentertawakan Wafaa.

Wafaa terkejut. Putus fius ! Betapa malunya dia hari itu sehingga tidak tahu di mana hendak sorokkan muka. Bukan selalu budak sekolah rendah dipikat budak sekolah menengah.

“ Abang… abang dah tak betul erk… nanti saya bagi tau mak saya baru abang tahu!”. ugut Wafaa.

“ Bagitahulah. Kirim salam abang sekali. Beritahunya abang sayangkan awak … cintakan awak…,” Akmal tersenyum.

Zroommmmm

Akmal melambaikan tangan tanda puas. Kalau hari-hari macam ni... bolek lebur agaknya minah tu ! Bas bergerak laju meninggalkan Akmal yang tersenyum tidak ubah seperti kerang busuk.

.................................................................................


Peristiwa itu berlaku sewaktu usia Akmal tingkatan 2. Pertemuannya dengan seorang budak darjah 6 bernama Wafaa mengajarnya mengenal erti cinta. Hampir setiap hari remaja itu menunggunya di perhentian bas, menantinya di pintu pagar hadapan sekolah sewaktu persekolahan tamat hanya untuk menagih cinta gadis itu.

Namun waktu tidak mengizinkan apabila Akmal mendengar berita kematian Wafaa akibat jantung berlubang. Hati Akmal terlalu sedih sehingga tidak dapat menerima kenyataan. Pemergian orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Mungkin Tuhan lebih menyayangi Wafaa.

“Wafaa… I love you…,”.


………………………………………………………………………………….




‘Kringgg…’ loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Pelajar-pelajar 3 Natrium kelihatan sibuk beredar meninggalkan kawasan kelas sejurus selepas kelas Bahasa Melayu mereka tamat. SMK Dato’ Harun kembali riuh seperti biasa.

Ada pelajar yang yang menuju ke kantin dan ada yang ke perpustakaan. Bagi sesetengah pula, lebih suka berada di dalam kelas kerana mahu menyiapkan kerja sekolah yang tergendala.

Akmal duduk termenung di sudut hujung kelas. Sumpah dia tengah mengantuk tahap petala kelapan. Nasib baik ada buku Sejarah ni! Senang dia nak tidur, al-maklumlah my bed time story book...

Ooh ... heav...en...

“Akmal.... boleh tolong I tak?” .

Hish… baru saja hendak tidur, ada saja yang datang mengacau. Akmal menoleh. Safura sedang berdiri sambil menghulurkan buku nota Sainsnya.

Dia menoleh kiri kanan. Nampaknya, bukan dia dan Safura saja yang berada di dalam kelas ketika itu. Nasib baik, kalau tidak, habisnya dicincang dengan Ardy sebentar nanti. “Kenapa?” Akmal menyoal acuh tak acuh.

“Ni kalau calcium carbonate kita heatkan and then it will make it turns to calcium oxide plus with carbon dioxide, then kalau kita addkan dengan air dia.....”.

“Herm...,” Akmal memerhati.

“Susah la equation ni. Macam mana nak bentuk lime water kalau slaked lime tu tak berubah,” Safura macam dah putus asa. Dia memang lemah bab-bab nak adding chemical ni.

Haiyoo... baik dari tadi straight to the point. Kan senang. Buat habis air liur je cerita panjang lebar pasal equation calcium carbonate tu. Akmal menggeleng kepala.

Akmal mencapai sehelai foolscape paper dari atas mejanya. Dia cuba merumuskan sesuatu. Safura diam tanpa kata, khusyuk melihat apa yang ditulis Akmal.

“Macam ni, kita tahu yang calcium carbonate tu sama dengan lime stone. So, kalau you nak dapatkan lime water, kita kena dapatkan slaked lime dulu....,”.

Akmal merenung mata Safura.

“Jadi macam mana nak dapatkan slaked lime tu ?” Safura menyampuk.

“So nak dapatkan slaked lime, kita kena heatkan lime stone tu dulu until it looks like it’s ready to melts. Then, drop a few water to it to breaks the shape then poof.... jadilah slaked lime,” Akmal bersemangat. Tangannya masih melakar gambar rajah.

“Bila dah dapat slaked lime senang la kerja kita. Just add another some water je kalau nak jadikan dia lime water. The end,” Akmal tersenyum puas. Dia harap penerangannya sebentar tadi cukup membuatkan Safura faham.

Safura tersenyum. Tak de la susah mana pun. Saja bagi diri sendiri tak faham.

“Thanks Akmal !” Safura tersenyum

“Welcome....” Akmal tersengih. Haha... nasib baik aku master subjek ni.

Safura bingkas bangun menuju ke mejanya semula meninggalkan Akmal sendiri di mejanya. Suasana kembali sepi tanpa bicara. Akmal kemudian menyelongkar beg galas yang dibawa mencari sesuatu. Earphone di sumbat ketelinga. Mp3 yang dipunggah tadi kini selamat ditangannya. Lagu Vanilla Twillight~ Old City hangat dimainkan ditelinga. Akmal berpura-pura membuka buku. Nahas dia kalau Cikgu Rostdan tiba-tiba lalu di hadapan kelasnya. Guru disiplin sekolah itu bukan tahu duduk diam. Ada saja barang yang ingin dirampasnya. Dua minggu lepas sahaja guru itu sudah merampas 2 galaxy tabs, 40 buah telefon bimbit berjenama, 8 Ipod dan lebih 50 buah Mp3 dan Mp4 yang dibawa pelajar.

Inilah lumrah alam persekolahan. Makin ditegah, makin dibuat. Akmal menggeleng-geleng kepala. Mungkin dia salah satu daripada mereka yang melanggar peraturan sekolah. Tapi, apalah guna peraturan itu kalau bukan untuk dilanggar, Akmal cuba membuat rumusan sendiri. Dia sedar remaja sekarang perlukan hiburan. Di samping sibuk mencapai kejayaan dalam akademik, hiburan juga diperlukan untuk menghilangkan stress. Baginya, lebih mulia menghilangkan stress sebegini daripada menggunakan cara lain yang lebih memudaratkan umpamanya mengambil ganja atau menghisap rokok.

Akmal merenung siling mencari ketenangan. Waktu rehat yang masih berbaki ini wajar digunakan sebaik-baiknya. Mp3nya dikuatkan sekuat mungkin. Sauh mata kian berlabuh dan akhirnya… selamat malam semua…


…………………………………………………………………………….

Cuti sekolah merupakan hari yang paling dinantikan oleh para pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Keadaan Cyber Café petang itu lengang sekali. Kadang kala terdengar bunyi dentam-dentum permainan video yang rancak dimainkan oleh remaja-remaja yang berkunjung di situ meriuhkan keadaan.

Mata Akmal fokus benar menatap skrin komputer. Sesekali terdengar bunyi klik tetikusnya ditekan sana sini. Khusyuk benar remaja itu melayari laman web yang menjadi kegilaan ramai generasi alaf baru kini. Baginya hari minggu seperti ini patut diluangkan dengan sebaik mungkin.

“Papp” satu tepukan menyergah Akmal dari belakang menggangu kosentrasinya melayari ‘Facebook’.

“Ooo mak…”Akmal melatah. Lantas remaja itu menoleh kebelakang. Perasaan Akmal bergelodak melihat Ardy dengan raut wajah yang kurang menyenangkan.

Akmal diam. Aiyk, lain macam je mamat ni, kenapa aku rasa macam ada aura membunuh je... Matanya merenung wajah Ardy yang penuh dengan tanda tanya.

Ardy membisu seribu bahasa. Pandangan Akmal tidak dihiraukan. Mukanya jelas mempamerkan aura kejahatan. Buku limanya digenggam erat. Melihat dari raut wajah Ardy, Akmal dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Kau ni kenapa? Macam ada masalah aje. Kalau ada masalah, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong,”.

“Bushh,” Satu tumbukan kemas mengenai pipi Akmal. Akmal terkesima. Pergh!! Rasanya hanya Tuhan yang tahu. Darah mengalir keluar dari mulutnya di kesat perlahan-lahan. Ini tak boleh dibiarkan.

“Whats your problem! Your too much Ardy,” Akmal bersuara tegas. Mukanya sudah merah menyala menahan perasaan marah yang teramat sangat.

Pengunjung di situ hanya diam tanpa kata-kata seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Penakut! “Nampaknya aku kena selesaikan sendiri,” monolog Akmal. Kini berpasang-pasang mata melekat ke arah mereka.

Nasib baik Malaysia ada undang-undang…. Kalau tidak dah lama mamat ni pakai kerusi roda! Akmal mengetap bibir menanti apa yang akan berlaku padanya nanti.

“Sekarang aku dah tahu siapa diri kau yang sebenarnya! Kau hanya nak bercinta dengan Safurakan. Sebab itu kau berkawan baik dan berpura-pura baik dengan aku. Semua ini hanya lakonan kau semata-mata,” suara Ardy memetir.

“Your talking nonsense Ardy, straight to the point la!” Akmal menyoal. Dia sendiri terpinga-pinga mendengar tomahan Ardy yang tajam menikam.

“Jangan nak bersandiwara dekat sini. Enough is enough… kau sama saja seperti ‘player’ yang lain!” jerit Ardy.

“Kau tahu yang aku couple sekarang dengan Safura, so apa masalah kau,”.

“Ardy, kau jangan tuduh aku bukan-bukan, aku bukan macam yang kau sangka…,” Akmal cuba mempertahankan maruahnya. Mata Akmal panas. Apa ni, ni pertama kali dia melihat sahabat baiknya meningking sedemikian rupa.

Oh Tuhan! Berikanlah aku petunjuk. Hanya pada kau aku berserah. Kalau diikutkan hati, ringan sahaja tangan Akmal mahu menampar mulut celopar itu.

Akmal mengurut-urut dada, menahan sakit yang menerjah di dalam lubuk hatinya.

“Kau ingat aku tak tahu! Korang berdua buat apa semalam di dalam kelas berdua. Siap bergelak ketawa lagi. Lagi satu aku selalu nampak kau makan, minum and everything dengan Saf. Apa ni! Harapkan pagar, pagar makan padi,” Ardy semakin tertekan.

“Shut up Ardy, your enough!”. Kali ini Akmal bangun dan tangannya menghempas meja.

Akmal mengetap bibir. Berkerut dia memandang wajah Ardy. Mukanya semakin panas. Siapa yang tidak malu dilakukan sedemikian rupa. Apalagi di khayalak ramai sebegitu.

“Kau, kau tak faham... kita orang just study sama-sama je. Dia tak faham, aku ajar, aku tak faham aku tanya dia. Lagipun, PMR dah dekat..,” Akmal membidas.

Ardy merenung Akmal. “I damn well known what Im talking about, Akmal!”.

“Pang..,” satu penampar sulung diberikan percuma oleh Ardy. Akmal kaget. Tergamak lelaki bernama Ardy menghancurkan persahabatan mereka hanya kerana percintaan. Akmal menatap wajah Ardy yang merah padam.

“Jika kau biarkan ego kau terus membelenggu diri kau, aku khuatir bila kau sedar, segalanya sudah tak bermakna lagi dan waktu itu kau akan menghabiskan hidup kau meratapi dan menyesali perbuatan busuk kau ni,” Akmal sungguh sedih melihat perubahan kawannya itu.

Ardy mencebik.

“Well, we will see siapa yang akan menyesal, sama ada kau atau aku? Aku kecewa dengan kau Ardy, kerana perempuan tu, kau sanggup tumbuk aku, kerana perempuan tu, kau lupa pada persahabatan kita. Bila kau tumbuk aku tadi umpama kaun telah hancurkan persahabatan kita,” dengan pantas Akmal mencapai kunci motornya, lalu meninggalkan Ardy yang masih dibelenggu kemarahan di cyber café tersebut.



........................................................................................................



Akmal memecut laju ke arah simpang tiga Jalan Persekutuan. Rasanya dah dekat dua traffic-light merah dihiraukannya. Fikirannya berserabut. Hatinya berkecamuk memikirkan hal sebentar tadi. Sungguh tak disangka...

“Sekarang aku dah tahu siapa diri kau yang sebenarnya! Kau hanya nak bercinta dengan Safurakan. Sebab itu kau berkawan baik dan berpura-pura dengan aku. Semua ini hanya lakonan kau semata-mata,” suara Ardy memetir.

“Your talking nonsense Ardy, straight to the point la?” Akmal menyoal. Dia sendiri terpinga-pinga mendengar tomahan Ardy yang tajam menikam.

“Jangan nak bersandiwara dekat sini. Enough is enough… kau sama saja seperti ‘player’ yang lain!” jerit Ardy.

“Kau tahu yang aku couple sekarang dengan Safura, so apa masalah kau,”....

Couple?? Sejak bila mamat underground tu boleh jatuh chenta dengan minah debunga macam tu. Musykil.... musykil...

Akmal mengetap bibir. Tangan kirinya mengusap-usap kesan lebam di pipinya akibat tumbukan Ardy tadi. Sakit!

Sanggup mamat tu buat aku macam ni. Pasal aku kacau buah pengarang jantung intan payung dia, persahabatan mereka jadi wasalam.... Tapi selama ni aku memang baik dengan Safura apa! Semua orang tau!

Mata Akmal berair. Lantas manik-manik jernih mengalir di pipi tanpa sempat diseka. Kejamkah dia pada Ardy? Hanya gara-gara ‘cinta monyet’ yang tak kesampaian, persahabatan yang dijalankan selama ini hancur musnah...

Minyak dipulas lagi. Meter motor menunjukkan bahawa Akmal kini membawa 120km/sejam. Akmal tak peduli. Bunyi hon dibelakang semakin jelas kedengaran.

Dasar peacebuster petala kelapan, totally perosak alam! That man is good for nothin....

Belum sempat perkataan diucapkan pandangannya kabur lalu suasana bertukar hitam...



.........................................................................................................


Gerimis pagi mula reda. Kicauan camar saling bertelingkah, murai berkicar di sarang tembusu. Sayup-sayup cahaya matahari mencelah-celah di sebelah bukit-bukau yang menjulang tinggi memberi sinar yang menghangatkan jiwa.

Suasana dalam dewan peperiksaan sunyi sepi. Hanya sesekali pelajar berdehem kedengaran.

“Aduh apa ni!!!”.

“Kalau hydrogen react dengan oxygen jadi.....”...

“Apa formula ni?”.

“Soalan ni tak keluar syllabus pun, cikgu tak pernah ajar aku la!”.

“Putus fius punya soalan! Wujud ke soalan macam ni”....

“PMR..... macam ni ke?? Aku rasa orang ambil PH.D pun tak boleh jawab...,”.

“Tick, tock, tick, tock…,” jarum jam terus berdetik memecah keheningan pagi. Sudah 2 hari SMK Sri Pantai menghadapi Ujian Penilaian Menengan Rendah, namun kelibat Akmal masih tidak kelihatan.

Ardy memutar pen 360 degree. BM sudah.... English pun sudah... Pendidikan Islam sudah... Sejarah pun sudah.... Maths dengan Science pun dah lepas.... Matanya kembali menghadap kertas Kemahiran Hidup. Mak oi susahnya.....

Tumpuannya beralih ke meja di hadapan. Akmal.... mana pula dia ni? Dari awal peperiksaan sampai sekarang tak muncul lagi. Marahkah dia sama aku? Ardy risau ke mana perginya Akmal. Sudah seminggu kejadian itu berlaku dan mulai saat itu, kelibat Akmal tidak pernah dijumpainya. Bila di tanya sama Cikgu Fatimah, guru itu hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Ardy kesal dengan apa yang berlaku. Ingin sekali dia berada di imbasan lalu.

........................................................................................................

“Ardy, can you give five minutes to explain to you the truth between I and Akmal,”.

Ardy yang mahu hendak melangkah keluar berpusing semula memandang wajahnya. Akhirnya dia mengangguk, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

“You have 4 minutes left,” kata Ardy dengan wajah yang tenang.

“Forgive Akmal please...”.

“For what reasons?”.

“For friendship and love?”...

“Yang you nak back up sangat si Akmal tu pasal apa? I know his handsome, kalau you suka kat dia kenapa tak tackle dia dari dulu,” Ardy berang. Lagi-lagi Akmal, lagi lagi Akmal...

Wajah Safura panas.

“I say enough,”.

“Control yourself Dy, he’s your friend. Your best friend. Remember that! Ini tak ada kena mengena dengan suka ke, handsome ke, tapi ini pasal satu persahabatan yang hancur disebabkan oleh ego awak tu,”.

“Siapa yang ego? Saya atau Akmal. Dia yang ego. He took you from me!”.

“For your info, I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Akmal selain kawan. Lagipun ego you je yang lebih! Kalau you tak habis-habis dengan perasaan ego you tu, I tak tahu apa nak jadi dengan you lepas ni, “.

Egomaniac... Dasar Asbestos Hydrogen Peroxide!

“Akmal tu dah la budak baik. Sanggup awak tuduh dia bukan-bukan. Apa salah dia! Berdosa sangat ke dia dengan you!” bertalu-talu suara Safura.

Hati Safura sungguh geram. Kenapa Ardy tidak pernah ikhlas mencintainya? Kenapa tiada sekelimut rasa kasih sayang padanya. Segala pengakuan about love or sayang, itu semua palsu semata-mata.

“For your information,the truth is I with him all day long, but thats does not mean I couple dengan dia, date sana sini! He thought me Science and Math! His too kind to me and also you! Kenapa buta sangat mata tu tak nampak kebaikan orang lain. Dia bukan sesiapa pun bagi you. But his your friend, Ardy! Don’t denied it!”. Safura mengeluh senafas. Air matanya dibiarkan mengalir.

Darah Ardy tersirap. Tajam sungguh kata-kata gadisnya itu.

“Awak jangan nak tipu saya,”.

“Swear, saya tak tipu awak. We just recover for our PMR, that’s all,” Safura semakin menyakinkan Ardy. Tuduhan terhadap Akmal yang dilemparkan Ardy memberi tamparan hebat kepada Safura.

“Baiklah, kalau benar awak seorang lelaki yang baik…. Maafkan dia. Akmal memang tidak bersalah,” Safura menitiskan air mata. Tulus benar hati gadis itu.

Ardy terduduk meraup muka. Dia kini dihantui rasa bersalah.

……………………………………………………………………………………


Ardy melangkah masuk ke wad yang dikhaskan untuk Akmal. Hatinya sebak melihat wayar yang berselirat dari badan sahabatnya itu. Mukanya bengkak, kepalanya berbalut begitu juga dengan kakinya. Ardy masih nampak kesan darah pada dahi sahabatnya itu.

Pagi tadi dia ada menelefon Akmal dirumah. Kata Cik Neng, majikannya tiada di rumah. Dia di hospital. Pada mulanya Ardy tak percaya. Dia kemudian menelefon Safura dan akhirnya mereka di sini… di Hospital Ampang.

“Maaf pak, Tuan Mudanya enggak ada di rumah, Tuan di rumah sakit…,”

Ardy pelik. Tuan Muda? Siapa ni Tuan Muda? Aku salah rumah ke? Betul la ni nombor telefon rumah Akmal.

“Tuan Muda? Siapa Tuan mudanya cik?” Ardy masih di talian.

“Tuan Muda Mustaqim pak, dia sedang sakit. Katanya sekarang di rumah sakit Ampang,” serius Cik Neng memberitahu.

Rahang di bawah rasa nak terjatuh. Akmal tu Tuan Muda?

Tuan Muda Mustaqim. Memang nama dia Akmal Mustaqim… Tapi kenpa Tuan Muda. Musykil betul. Ardy termenung sendiri. Siapa Akmal sebenarnya? Dia memang kenal Akmal dah lama. Tapi dia memang tak kenal orang tua Akmal sebab mereka selalu tiada di rumah. Memang Akmal nampak seperti orang berada, tapi? Cuma selama ini yang Ardy tahu dia ada seorang abang bernama Asyraf. Siapa sebenarnya orang tua Akmal?

Dia kini masih dalam dilema. Banyak berahsia rupanya Akmal ni. Akhirnya dia mengambil keputusan ke situ bersama Safura..

Wajah Akmal ditatap lama. Kesal mula menyelubungi hatinya. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia menjerit memberitahu semua orang inilah yang paling bodoh, memutuskan persahabatan hanya kerana ego seorang lelaki.

Suara bising di luar bilik menyedarkan Ardy dari lamunan. Segera dia menyeka air matanya. Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka. Rupanya Safura dengan Asyraf.

Mata Akmal terpejam rapat dan dikala ini dia terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Sempat Asyraf melihat keadaan adiknya. Perlahan satu keluhan kecil dilepaskan sayu.

“Bersabarlah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya,” Safura di belakang cuba menenangkan Ardy.

“Safura, kenapa selama ni I sendiri tak tahu yang dia anak Tan Sri... Kenapa selama ini dia tipu I sampai I tak tahu yang dia anak orang kaya. He nice to me, but I …. I dah berdosa dengan dia Saf. Selama ni I ingat dia anak orang biasa, I pijak dia, I ‘pau’ dia. I… jadikan dia kuli batak I. Dia tak pernah minta apa-apa dari I. I dah banyak buat salah dengan dia Saf,” semakin deras air mata yang mencurah di pipi Ardy.

Manik-manik jernih mengalir dari pipi Safura. Sungguh murni hati Akmal sehingga sanggup menyembunyikan identitinya sendiri. Rintihan Ardy semakin memilukan keadaan.

..............................................................................................................................

Asyraf barus habis membaca Yasiin. Diletaknya surah Yasiin itu di sebelah meja lantas merenung wajah adiknya. Tiada tanda-tanda yang dia akan sedar. Akhirnya Asyraf mengambil keputusan keluar dari bilik itu.

Sudah empat hari Akmal tidak sedarkan diri dan dalam tempoh itulah Asyraf tidak pernah jauh dari adiknya.

Pagi tadi Tan Sri Khalis dan Puan Sri Roziah ada datang melawat. Tapi tak lama mereka di situ. Papa sibuk dengan pembukaan syarikat barunya di Hong Kong. Mama pula tak habis-habis dengan persatuan datin-datinnya yang memanjang ada mesyuarat tu.

“Herm.. lebih pentingkan harta dari anak-anak,” rungut Asyraf sendiri. Kehadiran mereka seperti tidak membawa makna apa-apa. Hanya sekadar mahu menampakkan muka sahaja. Tiba-tiba sahaja pintu bilik itu berkuak. Asyraf menoleh.

“Eh Ardy, kenapa tak cakap nak datang,” Asyraf menyapa tatkala wajah Ardy di lihat di sebalik pintu.

“Kebetulan,”.

“Tak mengapalah, abang nak pergi surau sekejap solat zohor. Tolong jagakan Akmal sekejap,” ujar Asyraf. Ardy hanya menangguk lantas melabuhkan punggung di bangku. Matanya difokus kepada wajah Akmal. Sayu Ardy menatap wajah pucat itu.

Asyraf sudah lama beredar. Ardy menatap wajah Akmal. Pantas bibirnya mengalunkan zikir memohon keredhaan dari-Nya. Ardy tidak tahu bagaimana dia boleh lalai untuk menilai diri Akmal dari dulu lagi. Bagaimana dia membiarkan lelaki sebaik Akmal menjauhi dirinya.

“Maafkan aku Mal, maafkan aku. Berilah aku peluang untuk betulkan keadaan. Ya Allah, berilah aku peluang untuk menjadi hamba-mu yang bertakwa. Aku telah menzalimi rakanku sendiri. Aku manusia kejam Ya Allah. Ampunkanlah aku, berilah aku peluang untuk menebus segala dosa yang telah aku lakukan kepada temanku ini Ya Rabbi,” doa Akmal teresak-esak. Air mata yang ditahan sebelum ini tumpah jua akhirnya.

Safura di luar menutup pintu bilik wad Akmal perlahan-lahan. Setitis air mata jatuh jua di pipinya. Yakin benar dia bahawa Ardy telah berubah. Safura terkedu tatkala matanya terpana melihat tubuh kaku Ardy terkulai di pangkuan sahabatnya.

……………………………………………………………………………………


Suasana di Tanah Perkuburan Bukit Mertajam pagi itu sayu sekali, awan mendung berarak pilu, angin seperti memahami apa yang dirasakan oleh Ardy. Pagi itu juga jenazah Akmal Mustaqim bin Tan Sri Khalis selamat dikebumikan. Tak sanggup untuk Ardy menatap wajah itu dengan masa yang agak panjang. Semakin ditenung, semakin laju air matanya bersungai di pipi.

Semalam ketika di wad, Akmal disahkan meninggal dunia akibat kekurangan darah. Jantung Ardy bagai nak terhenti mendengar berita itu. Asyraf di sebelahnya bagai nak pitam apabila doktor mengumumkan kematian adiknya.

Dari jauh, Ardy melihat kelibat Puan Sri Roziah bersama suaminya menangis teresak-esak. Abang Asyraf disebelahnya kini diam tak terkata. Sayu melihat adik kesayangan pergi meninggalkan dia selama-lamanya. Ardy cukup sedih, teramat sedih mengenang sikapnya terhadap arwah sewaktu hidupnya.

Setelah tanih dikambus, setelas talkin selesai dibaca, semua orang beransur pulang, Safura pulang terlebih dahulu, katanya tidak sanggup lagi meratapi pemergian Akmal, pilu rasanya hati bila berdekatan dengan arwah. Seperti kenangan sentiasa datang dan pergi. Kini hanya tinggal Asyraf, Ardy serta Tan Sri Khalis yang masih di tanah perkuburan.

Asyraf memegang batu nisan Akmal, air matanya menitis kembali, rasanya baru sebentar di berjenaka dengan Akmal, baru sebentar menyakat angah, dan seperti baru semalam dia melihat Akmal melambai-lambai padanya.

Tidak semena-mena Ardy seperti diserang histeria, lantas dia mengesot ke arah kubur Akmal. Semua yang hadir terkejut melihat perbuatan Ardy. Lantas Ardy menangis di kubur Akmal. Batu sungai di atas kuburan itu digenggam erat.

“Maafkan aku, maafkan aku..... maaf...kan aku,” Ardy meraung. Asyraf menekup mulut. Sayunya hatinya melihat perbuatan Ardy. Asyraf turut menangis.

“Sudah la tu Ardy, redakan pemergiannya, mungkin Tuhan lebih sayangkan dia,” Asyraf menenangkan Ardy, lantas tubuh Ardy dirangkul erat.

Ardy kini tinggal sedu. “Marilah, marilah kita semua pulang. Tiada ada gunanya duduk di situ lama-lama, yang pergi tidak akan kembali lagi,” Tan Sri Khalis yang lama mendiamkan diri di belakang mereka datang mencelah lantas dia menghidupkan kereta. Tak sanggup lagi mahu berlama-lama menatap kuburan anak bongsunya. Perlahan-lahan kereta itu bergerak keluar dari Tanah Perkuburan Bukit Mertajam meninggalkan segala kenangan besama arwah tercinta.

…………………………………………………………………………………..

Satu Catatan.......

Siapa kata ini cerita dongeng, atau rekaan semata-mata. Betapa penat dan perit aku melalui liku-liku kehidupan yang diuji Tuhan untuk sampai ke satu tahap yang akhirnya mengnal erti kepuasan. Mungkin saat aku kembali menjenguk Akmal di Malaysia nanti, adakah Safura akan sentiasa berada disampingku atau mungkin dia sudah bersama dengan pasangan hidup pilihannya, coretan ini bukan satu ilusi atau angan-angan, bahkan motivasi untuk aku merelisasikan impianku...

Di bumi baru ini aku memulakan hidup baharu sebagai seorang perantau. Banyak budaya disini masih belum aku aplikasi dalam kehidupan Walaupun umur semakin lanjut ditelan peredaraan zaman. Haha. Puitis bukan........

Akmal.......... sungguh rinduku padamu msih belum padam, hadirnya kau dalam mimpi sudah cukup mengubati hati yang luka ini. Hanya aku di sini, berupaya memohon doa agar kita jumpa di syurga nanti.

Bagaimana sekarang di Malaysia? Sudah lama perkhabaran dari Tanah Air itu tidak ku dengari, rinduku pada Malaysia bukan kepalang, setiap tahun pasti ada ada mahasiswa dan mahasisiwi dari Malaysia bersamaku universiti di sini berkongsi ceritara dari Malaysia.........

Kali terakhir dia menerima panggilan dari Asyraf lebih kurang dua minggu lepas. Al-maklumlah dia kini berada di UK melanjutkan pengajian di tahun terakhir dalam Masters. Safura menghilang entah ke mana, katanya dia dapat tawaran di Pahang. Sekolah asrama perempuan kalau tak silap. Masing-masing sekarang ada haluan sendiri. Cepat betul masa berlalu mengubah segalanya.

Aku? Di bumi Dublin ini aku mengenal erti kehidupan. Tahun terakhirku dalam jurusan ‘Human Nutrition and Dietics’. Kisahku dan Akmal di alam persekolahan moga dijadikan tauladan. Moga kalian tak mengulanginya lagi…


Yang benar…
Engku Arman Ardy Engku Zulkifli
Dublin, Ireland
12 Februari 2012

No comments:

Post a Comment