Wednesday, 22 August 2012

dUit rAye vErsuS uMuR


  Sampai bila masanya waktu,
     Redup hati kaum berdua...
   Bila dua jasad bersatu..
     Hidup mati jadi bersama...


 Assalamualaikum..


     Haha... ni lama tak berkongsi cerita dengan anda semua. Terlebih dahulu maaf dipinta sebab lama dah tak mengaktifkan diri di blog ni. Bukan tak mahu, tapi tak ada masa...

    Semperna raya yang telah tiba ni, nak sangat minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau ada salah dan silap sepanjang saya hidup di dunia ini.. cewaahh..

     Berbalik pada topik hari ini, mengenai pandangan saya mengenai raya yang kita sambut pada tahun ni. Memang kita tengok penuh meriah dengan sanak saudara yang ada.Main mercun tak ingat dunia. Jumpa atuk nenek kat kampung.  Mulut menyumpah seranah dengan nyamuk yang dok gatal hisap darah kaki kat kampung tu, semuanya kenangan yang best gilerkan. Almaklumlah ' setahun hanya sekali... merayakan hari yang mulia ini....'
  

        Nampak tak pantun kat atas tu...^ Mesti familiarkan. Haa tu sebenarnya bait2 yang ada dalam cerita Merong Mahawangsa. Saja nak petik sebab sedap bunyinya. Tapikan kalau kita ubah sikit bunyinya...
   

Sampai bila masanya nanti...
      Umur dah tua kita semua....
   Duit raya dah tak boleh cari...
      Tinggal kenangan kita bersama..

     Hahaha... macam tu pula bunyinya.. Tak adalah, saja je nak berpantun sekejap. Kalau kita nak kaitkan dengan keadaan semasa mesti kita pun terasa jugakan kat hati ni, kalau aku dah tua, nanti macam mana erk?? Dah tak dapat duit raya ke??? Aku pulak ke yang kena bagi duit raya?? Hishh...

      Memang biasalah, umur kita ni semaikn lama semakin meningkat. Ada yang dah umur 20 tu pun dapat duit raya lagi, aku ni yang masih 16 tak kan tak dapat kot!!! XD 

      Hakikatnya, selagi perasan muda tu, kita mintalah duit raya daripada yang tua tu, bukan apa... kerana ini semua pengalaman yang kita dah tak boleh rasa dah nanti. Kata setahun hanya sekali, so apa tunggu lagi... JOM RAYA...

sekian ... salam....

No comments:

Post a Comment