Saturday, 8 December 2012

TRENDY.. OOH TRENDYY !!


Salam,

     Huhu, korang nampak tak tajuk dekat atas tu. TRENDY OHH TRENDY !!! . So agak-agak korang dah tahu apa yang Arm nak ceritakan ni, betul tak??

     Okey wookey. Sebenarnya hari ni Arm nak talk about fashion or trend muda-mudi masa sekarang. Macam Arm juga, Arm cuba follow the newest trend selagi ianya tak nampak cacat kat mata Arm.

     Kalau nak start trend ni sebenarnya baik kita mula balik pada masa yang lepas.

TREND 1

     Korang still ingat dengan trend ni, Arm tak berapa sure sangat dengan trend ni, tapi Arm rasa that this thing is a bit lama jugak la. Hahaha, arm rasa dulu trend ni agak famous gak, di mana lelaki dengan perempuan masa tu suka sangat pakai seluar ni, rasanya macam sejuk aja pakai seluar ni. Yalah, mana taknya, yang besar dekat bawah tu mungkin sarung paip agaknya, bagi angin lalu, haha. Bukanlah J Setahu Arm, seluar macam ni sesuai untuk kita pakai masa musim sejuk atau berangin, sebab benda ni orang kata boleh menghangatkan badan. Sebab itulah, dekat bawah dia lebih besar J


TREND 2

     Haha, walaupun trend ni agak lama diperkenalkan, namun trend ni pun dapat bertahan sampailah sekarang. Trend ni dia ketat dekat bahagian bawah kaki ataupun CEKANG. Sampai sekaran masih ramai yang suka dengan trend ni. Biasanya trend ni mesti dikaitkan dengan trend baju sendat mendat yang dipakai oleh adik korang yang umurnya tiga tahun. Huhu, sebab diaorang percaya benda yang ngam-ngam dengan badan ni, akan menampakkan kekemasan seseorang tu. Cubalah korang bayangkan, baju yang korang pakai tu menggelebeh, besar dan sewaktu dengannya… So lu pikirlah sendiri !!! J


TREND 3

     Trend ni a little bit new (Tak berapa sangat la). Trend SUPERMAN. Ramai orang suka pakai baju-baju yang ada logo ‘S’ kat depan tu. Ada yang percaya ‘S’ tu maknanya ‘SINGLE’ . Haha… ikut korang la. Baju-baju yang ni banyak ada dekat uptown dan downtown berhampiran andaJ Even Faizal Tahir pun suka baju ni !!!

  
TREND 4

     Arm rasa jaket ni dulunya takdelah special manapun. Kalau korang pakai dulu-dulu, sumpah kena gelak. Mana ada orang pakai JAKET BASEBALL tengah bandar. Tapi sekarang, jaket ni menjadi kegilaan remaja (Terutamanya LELAKI). Nampak smart dan macho gitu. Trend ni masih lagi popular dekat area KL. Samap TS, PAVILION dan area bukit bintang penuh dengan benda-benda ni. Kakak Arm kempunan mende ni sampai dah ada enam daripadanya. HAHA, cantikkan J


TREND 5

     Rasanya ni trend yang paling latest kot, BAJU LIP LAP LIP LAP !!. trend ni tak tahulah siapa yang mulakan, tapi ianya dah menjadi kegilaan sekampung. Sebenarnya Arm tak berkenan sangat dengan trend ni sebab Arm lebih suka pakaian yang matched dan padan antara baju, seluar and kasut, tapi apa-apapun minat orang sekrang dah tak mementingkan semua tu. Semua orang lebih suka menyerlah sekarang daripada memikirkan baju ni sesuai tak dengan seluar?? Kasut ???  (Sebenarnya aku ada satu jugak kat rumah, saja2 cuba ) haha. Nampaklah sedikit warna-warni dekat Malaysia ni sekrang dengan adanya pakaian yang macam ni.

  
Kalau dulu orang suka warna gelap-gelap sampai la trend warna-warni, kita ni ikut je. Apapun pakaian yang sopan dan menutup aurat haruslah diutamakan. B.T.W jangan jadi mangsa fashion!

PS: Agak-agak korang, fashion akan datang cam mana erk ? DO COMMENT BEBANYAK J

Blogerz Writing


Salam,

     Owh long time no see in this blog. Sebenarnya bukannya takde cerita nak kongsi, Cuma malas je tangan ni nak type dekat computer. Lagipun sekarangkan dah ada banyak teknologi pelbagai, so Arm dah malas nak guna laptop, guna tabs and phone je. Senang, Cuma swipe, touch dan puff… ( macam kokoCrunch pula) haha :)

     Okey, B.T.W. Arm sebenarnya nak kongsi dengan korang mengenai gaya penulisan. Ya, like we all know nowadays, Bloggerz around the world sekarang ni dah semakin banyak (event aku pun dah terjoin dalam dunia Blog ni). Dan semakin banyak para Blogger yang ada dekat Malaysia ni, semakin banyakla benda yang nak dikongsi.

     Ada blogger yang suka buat novel dalam blog (haha aku kot), ada yang suka tulis pasal kisah cintan-cintun, lovely dubby diorang dalam blog and ada yang suka beri macam-macam pendapat mengenai sesuatu isu. Sesetengah orang suka bagi facts (yang kebanyakannya dicopy+paste dari internet) haha ko piker aku tak tau :)

     Bila kita kenal gaya penulisan seseorang kita boleh tahu macam mana orang tu sebenarnya. Dia caring ke, dia ego ke, dia ni mamat jiwang ke. Pewartakan orang ni sebenarnya amat mudah untuk dilihat. Kadang-kadang bila kita tengok saja dia, kita mungkin dah boleh cam dia ni orang yang macam mana,.

      EG : kalau dia selekeh, maknanya mamat ni seorang pengotor.

     Yeke dia pengotor ? Memang kadang-kadang betul apa yang kita fikirkan, tapi at the same time, kita kena betul-betul faham dia. Kalau dia seorang yang kaki tulis macam Arm, haa lagi senang kita nak kenal orang tu macam mana kan :)

     So bila kita start baca blog, cuba try test korang memahamkan apa yang cuba disampaikan. Kalau korang faham apa yang Arm cuba sampaikan ni, agak-agak korang Arm ni orang yang macam mana erk ? :)

PS: Do komen banyak-banyak :)

Sunday, 23 September 2012

Dreams and Friendship...

Hey guys,



         Surely nothing is on my mind right now, but exactly today i feelin to share to you guys about something happen lately on me. It is about to choose your friends or your dream...
          Hahaha, somethin will always happen nowadays to us. For sure, a lot of experience will be gain. No matter it is the bad one, or the good one. But, for me, this experience is a kind of lesson for me to be learn and applied on the rest of my life.
         For me, sometimes, to pursue the dream that we want to achieve, there must be a lot of sacrifices to be made. Some of us who actually are willing to give up something, like the property, the money and bla bla.. for something that we pursue. But, could you imagine that the ‘thing’ that need to sacrifice is our own friends. Would you? Are you willing to sacrifice your own friends, just to fulfill a dream that you dream for.

         I dunno…., it's up on their stance. It is difficult to make a drastic decision. We as humans have the will and instinct. There may be others who willing to sacrifice friends merely wanted to chase his dreams and some are vice versa.
          Sometimes in our life, we have to face many painful sacrifices. Dream that we build for those years, that we wish to be fulfill sometimes even not sure whether it achieved or not. Importantly, the heart must be strong to face the situation.

          As a Muslim,. I suggest that we wake up at night and do prayers and pray to God and let us hope that what was confused being simplified. There once my Ustad Abbas has told me one thing, "Sometimes our heart erratic, sometimes the decisions made slow, but worth, and sometimes painful, but full of quick decision, and we are the people who should be intelligent control of the heart."

          Between dreams and friend, both are the most important thing to us. But we must be smart in making a wise decision.



Friday, 24 August 2012

Kerjaya VERSUS minat

Huhuhu.
 
    Salam semua !! XD

    Sebenarnya hari ini bukannya nak berceloteh panjang tapi paham2 la, kalau tangan dah melekat kat bog ni, maknanya bosan tahap tak ingat. So, hari ni, Mirul nak share sesuatu dengan korang mengenai pengalaman Mirul dalam keluarga dalam topik hari ni iaitu cita-cita.

    Actually, at first sebenarnya Mirul nak jadi seorang Pilot masa kecik-kecik dulu. Masa tu memang nak teringin gila drive kapal terbang tu. MMemang gila la katanya. Tapi bila usia dah meningkat, itulah, minat dah tak ada, mata pun dah tak elok. So in the age of 13, I dah lupakan nak jadi pilot tu sumer...



Then, by the age, mulalah terdetik dalam hatini untuk menjadi seorang Doctor sebab masa tu memang semua orang dalam ahli keluarga tu suruh Mirul jadi doktor. Minat tu mula-mula belum ada, tapi dah disemai slow-slow untuk mencintai medic, so im used to it.... sO thats why i join Mara's college, because I know in the end of the day, im sure'll be the doktor. Hahaha... ingatkan mudah rupanya, nah ambik kau masuk je tingkatan 4, Mirul dah diperkenalkan dengan subjek Bio, Chem, Physic....

    For me, benda tu tak adalah susah sangat (bukan berlagak, susah tu susah tapi tak terlalu crazy). But in the end of my day, i realise, kalau dah susah masa ni... nanti macam mana ??? Mak kau, aku dah pening. Treng tenenenen.... masa tu minat nak jadi doktor pun dah pudar. Apalagi bila MARA ngan JPA dah taknak sponsor budak Medic gi overseas. Aku memang tak minat noo....

    But actually, kat sini aku terlupa bakat aku... subjek yang aku memanjang A+ aku boleh terlupa..... tatatatata..... Sastera... yess no doubt, i really minat sastera. So mulai hari tu, aku  cuba fokuskan minat aku terhadap sastera. Walaupun aku mendapat tentangan yang hebat dari keluarga, aku tak kisah.. sebabnya biar kita belajar dan bekerja bila kita besar kelak, kita suka akan apa yang kita buat.... Kita rasa FUN buat benda yang bakal kita buat seharian nanti... So the moral value is, try to focusing what are you love to do... even the hardest way you have to do .... hahaha renungkan dan selamat beramah...

Noted.,. : Komenla banyak2 kat bawah ni.. Bye  !!!

Wednesday, 22 August 2012

dUit rAye vErsuS uMuR


  Sampai bila masanya waktu,
     Redup hati kaum berdua...
   Bila dua jasad bersatu..
     Hidup mati jadi bersama...


 Assalamualaikum..


     Haha... ni lama tak berkongsi cerita dengan anda semua. Terlebih dahulu maaf dipinta sebab lama dah tak mengaktifkan diri di blog ni. Bukan tak mahu, tapi tak ada masa...

    Semperna raya yang telah tiba ni, nak sangat minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, kalau ada salah dan silap sepanjang saya hidup di dunia ini.. cewaahh..

     Berbalik pada topik hari ini, mengenai pandangan saya mengenai raya yang kita sambut pada tahun ni. Memang kita tengok penuh meriah dengan sanak saudara yang ada.Main mercun tak ingat dunia. Jumpa atuk nenek kat kampung.  Mulut menyumpah seranah dengan nyamuk yang dok gatal hisap darah kaki kat kampung tu, semuanya kenangan yang best gilerkan. Almaklumlah ' setahun hanya sekali... merayakan hari yang mulia ini....'
  

        Nampak tak pantun kat atas tu...^ Mesti familiarkan. Haa tu sebenarnya bait2 yang ada dalam cerita Merong Mahawangsa. Saja nak petik sebab sedap bunyinya. Tapikan kalau kita ubah sikit bunyinya...
   

Sampai bila masanya nanti...
      Umur dah tua kita semua....
   Duit raya dah tak boleh cari...
      Tinggal kenangan kita bersama..

     Hahaha... macam tu pula bunyinya.. Tak adalah, saja je nak berpantun sekejap. Kalau kita nak kaitkan dengan keadaan semasa mesti kita pun terasa jugakan kat hati ni, kalau aku dah tua, nanti macam mana erk?? Dah tak dapat duit raya ke??? Aku pulak ke yang kena bagi duit raya?? Hishh...

      Memang biasalah, umur kita ni semaikn lama semakin meningkat. Ada yang dah umur 20 tu pun dapat duit raya lagi, aku ni yang masih 16 tak kan tak dapat kot!!! XD 

      Hakikatnya, selagi perasan muda tu, kita mintalah duit raya daripada yang tua tu, bukan apa... kerana ini semua pengalaman yang kita dah tak boleh rasa dah nanti. Kata setahun hanya sekali, so apa tunggu lagi... JOM RAYA...

sekian ... salam....

Friday, 16 March 2012

kenang daku dalam doamu... cerpen..

Kenang Daku dalam Doamu…


Akmal merenung kelendar di dinding. 23, 24, 25, 26….. alamak... PMR dah dekat! Dalam 50 hari je tinggal. Akmal memicit pelipisnya. Kaca mata Prada yang hampir terlucut ke pangkal hidung di tolak naik. Mahu tidak mahu, dia harus menghabiskan pembacaannya sekarang juga. Perpustakaan pun dah nak tutup. Geografi dengan Sejarah tak habis lagi. Syukurlah subjek Sains dan subjek sasteranya masih di tangga selamat.

Pen di tangan diputar 360 degree. Otaknya ligat memikirkan solution math di depan mata. “Kalau circumference circle, kita kena cari length of arc dulu. So, kalau kat sini ‘LOA’ dia 27, plus dengan ...”. Akmal menggaru kepala. Apalah susah sangat ni...

Akmal merenung sekeliling. Perpustakaan ni pun satu hal. Kenapalah sejuk tahap giga. Naik beku otak aku mencerna segala bagai ilmu ni, dengus Akmal sendiri. Buku ‘Success Mathematics’ di depan diselak satu persatu. Topik linear and equalities... squares... polygons... aha jumpa!

Matanya difokus menghadap buku itu. Otaknya cuba mentafsir sesuatu. “Oh, macam ni ke rupanya! ‘LOA’ kena multiply dengan angle circle divide by 360 degree. Lepas tu cari radius dia dan taa daa... the answer is 24 cm...” Akmal tersenyum puas. Jarinya laju menekan punat kalkulator casio 570 yang setiasa menemaninya di sisi. “Yes betul!”.

Tubuhnya disandar pada kerusi. Penatnya Ya Allah, kalah atlet balapan rasanya. Remaja itu kemudian menoleh ke arah Ardy dengan Dean di sebelahnya yang sedang tekun membaca. Khusyuk betul mereka buat homework. Si budak Jent tu dah lama berdengkur kat hujung meja. Biasalah the ‘sleeping beast’ tu. K-9 pula dah macam cadaver hidup je. Hidup segan mati tak mahu. Pucat betul muka dia menatap buku ‘ Easy Science’ dari tadi.

“ Korang buat apa tu ?” soal Akmal. Pen ditangan diputar 360 darjah.

“Sains” Dean bersuara.

“Geografi” sahut Ardy kemudian kembali fokus. Sekejap dia menggeliat. Sekejap dia mengetuk pen di atas meja. Sekejap garu kepala. Pening Akmal melihat gelagat kawan-kawannya itu.

Lama Akmal merenung wajah Ardy. Biarpun remaja itu tidak menghiraukannya kerana sibuk melakar peta geografi yang disuruh oleh Cikgu Sam, Akmal dapat merasakan Ardy tahu bahawa dia sedang melihat dirinya diperhatikan.

Ardy yang dia kenal kini bukan Ardy yang pernah dikenalinya suatu masa dahulu. Engku Arman Ardy bin Engku Zulkifli ini lain benar dari perangainya yang sebelum ni. Ardy yang Akmal kenal dahulu mulia benar hatinya. Persahabatan mereka yang telah dijalinkan sekian lama kini tampak goyah dengan hanya dengan kehadiran seorang gadis bernama Safura dalam diri Ardy.

Bermula dengan perkenalan di laman muka buku. Akmal mula merasakan Ardy kini sudah dilamun cinta. Pernah sekali, Ardy mengajak Akmal untuk menemaninya bertemu Safura di Jalan Dewangga. Bermula dari saat itu, dia dan Safura mengenali satu sama lain. Akmal tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, namun Akmal tahu, setiap makluk ciptaan Tuhan ada perasaan tersendiri, ada naluri sendiri.

Sememangnya cinta itu menuntut pelbagai usaha dan jalan ke tanggga kejayaan. Berita itu akhirnya sampai ketelinga Akmal jua. Perkhabaran di mana Safura telah dipindahkan ke sekolah SMK Dato’ Harun rupanya benar belaka. Nampaknya Tuhan memang mahu menguji dia dan Ardy tatkala di mana Safura telah ditempatkan dalam kelas mereka. Macam ni, bertambah mianglah si Ardy tu gayanya.

Kepalanya ditongkat ke dagu mencari keselesaan. Malas mahu menyambung matematiknya yang masih berjela soalan-soalan yang menunggu dijawab.

Bagi Akmal tidak salah untuk bercinta, cuma masa kurang sesuai untuk mencambah benih-benih cinta yang tersemai di dalam hati seseorang lebih-lebih lagi ketika hampir menjelang PMR. Tidak kena pada masanya.

Akmal sedar memang susah untuk menjauhkan diri dari cinta pandang pertama. Mungkin sebab dulu pun dia pernah bercinta agaknya. Yelah, orang kata first love is truthly truth love... aku ni la payah betul nak lovely... mushy.... windu-rindu ni. Haila... kalau la dia ni macam mamat-mamat penchenta kat luar sana tu yang hari-hari makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena disebabkan awek... alamatnya satu KL along kejar dia bawak parang.

Akmal termenung lagi. Memori ligat diputar kembali. Teringat akan kisah sewaktu dia masih hingusan ketika belajar apa itu C.I.N.T.A . Memorinya pada seorang gadis bernama Wafaa....

.............................................................................................................................

Dia bukan seorang gadis yang paling cantik berbanding gadis-gadis lain yang pernah dilihat Akmal. Ketulusannya menawan hati Akmal. Di situlah letaknya keistimewaan seorang gadis bernama Wafaa.

Sesungguhnya niat Akmal ketika itu mahu mengejar bas yang dinaiki Wafaa sewaktu ketika dahulu membuat gadis itu terpegun. Semata- mata untuk memberikan sekuntum ros merah yang dipetiknya di hadapan sekolah. Akmal sanggup mengejarnya sampai dapat biarpun teman-temannya yang lain hampir pecah perut mentertawakannya.

“Awak… saya suka awak,” Akmal tercungap-cungap. Badannya basah lencun bermandi peluh.

Bulat mata Wafaa ketika itu. “Ada budak sekolah menengah suka Wafaa,” pelajar lelaki mentertawakan Wafaa.

Wafaa terkejut. Putus fius ! Betapa malunya dia hari itu sehingga tidak tahu di mana hendak sorokkan muka. Bukan selalu budak sekolah rendah dipikat budak sekolah menengah.

“ Abang… abang dah tak betul erk… nanti saya bagi tau mak saya baru abang tahu!”. ugut Wafaa.

“ Bagitahulah. Kirim salam abang sekali. Beritahunya abang sayangkan awak … cintakan awak…,” Akmal tersenyum.

Zroommmmm

Akmal melambaikan tangan tanda puas. Kalau hari-hari macam ni... bolek lebur agaknya minah tu ! Bas bergerak laju meninggalkan Akmal yang tersenyum tidak ubah seperti kerang busuk.

.................................................................................


Peristiwa itu berlaku sewaktu usia Akmal tingkatan 2. Pertemuannya dengan seorang budak darjah 6 bernama Wafaa mengajarnya mengenal erti cinta. Hampir setiap hari remaja itu menunggunya di perhentian bas, menantinya di pintu pagar hadapan sekolah sewaktu persekolahan tamat hanya untuk menagih cinta gadis itu.

Namun waktu tidak mengizinkan apabila Akmal mendengar berita kematian Wafaa akibat jantung berlubang. Hati Akmal terlalu sedih sehingga tidak dapat menerima kenyataan. Pemergian orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah diterima. Mungkin Tuhan lebih menyayangi Wafaa.

“Wafaa… I love you…,”.


………………………………………………………………………………….




‘Kringgg…’ loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Pelajar-pelajar 3 Natrium kelihatan sibuk beredar meninggalkan kawasan kelas sejurus selepas kelas Bahasa Melayu mereka tamat. SMK Dato’ Harun kembali riuh seperti biasa.

Ada pelajar yang yang menuju ke kantin dan ada yang ke perpustakaan. Bagi sesetengah pula, lebih suka berada di dalam kelas kerana mahu menyiapkan kerja sekolah yang tergendala.

Akmal duduk termenung di sudut hujung kelas. Sumpah dia tengah mengantuk tahap petala kelapan. Nasib baik ada buku Sejarah ni! Senang dia nak tidur, al-maklumlah my bed time story book...

Ooh ... heav...en...

“Akmal.... boleh tolong I tak?” .

Hish… baru saja hendak tidur, ada saja yang datang mengacau. Akmal menoleh. Safura sedang berdiri sambil menghulurkan buku nota Sainsnya.

Dia menoleh kiri kanan. Nampaknya, bukan dia dan Safura saja yang berada di dalam kelas ketika itu. Nasib baik, kalau tidak, habisnya dicincang dengan Ardy sebentar nanti. “Kenapa?” Akmal menyoal acuh tak acuh.

“Ni kalau calcium carbonate kita heatkan and then it will make it turns to calcium oxide plus with carbon dioxide, then kalau kita addkan dengan air dia.....”.

“Herm...,” Akmal memerhati.

“Susah la equation ni. Macam mana nak bentuk lime water kalau slaked lime tu tak berubah,” Safura macam dah putus asa. Dia memang lemah bab-bab nak adding chemical ni.

Haiyoo... baik dari tadi straight to the point. Kan senang. Buat habis air liur je cerita panjang lebar pasal equation calcium carbonate tu. Akmal menggeleng kepala.

Akmal mencapai sehelai foolscape paper dari atas mejanya. Dia cuba merumuskan sesuatu. Safura diam tanpa kata, khusyuk melihat apa yang ditulis Akmal.

“Macam ni, kita tahu yang calcium carbonate tu sama dengan lime stone. So, kalau you nak dapatkan lime water, kita kena dapatkan slaked lime dulu....,”.

Akmal merenung mata Safura.

“Jadi macam mana nak dapatkan slaked lime tu ?” Safura menyampuk.

“So nak dapatkan slaked lime, kita kena heatkan lime stone tu dulu until it looks like it’s ready to melts. Then, drop a few water to it to breaks the shape then poof.... jadilah slaked lime,” Akmal bersemangat. Tangannya masih melakar gambar rajah.

“Bila dah dapat slaked lime senang la kerja kita. Just add another some water je kalau nak jadikan dia lime water. The end,” Akmal tersenyum puas. Dia harap penerangannya sebentar tadi cukup membuatkan Safura faham.

Safura tersenyum. Tak de la susah mana pun. Saja bagi diri sendiri tak faham.

“Thanks Akmal !” Safura tersenyum

“Welcome....” Akmal tersengih. Haha... nasib baik aku master subjek ni.

Safura bingkas bangun menuju ke mejanya semula meninggalkan Akmal sendiri di mejanya. Suasana kembali sepi tanpa bicara. Akmal kemudian menyelongkar beg galas yang dibawa mencari sesuatu. Earphone di sumbat ketelinga. Mp3 yang dipunggah tadi kini selamat ditangannya. Lagu Vanilla Twillight~ Old City hangat dimainkan ditelinga. Akmal berpura-pura membuka buku. Nahas dia kalau Cikgu Rostdan tiba-tiba lalu di hadapan kelasnya. Guru disiplin sekolah itu bukan tahu duduk diam. Ada saja barang yang ingin dirampasnya. Dua minggu lepas sahaja guru itu sudah merampas 2 galaxy tabs, 40 buah telefon bimbit berjenama, 8 Ipod dan lebih 50 buah Mp3 dan Mp4 yang dibawa pelajar.

Inilah lumrah alam persekolahan. Makin ditegah, makin dibuat. Akmal menggeleng-geleng kepala. Mungkin dia salah satu daripada mereka yang melanggar peraturan sekolah. Tapi, apalah guna peraturan itu kalau bukan untuk dilanggar, Akmal cuba membuat rumusan sendiri. Dia sedar remaja sekarang perlukan hiburan. Di samping sibuk mencapai kejayaan dalam akademik, hiburan juga diperlukan untuk menghilangkan stress. Baginya, lebih mulia menghilangkan stress sebegini daripada menggunakan cara lain yang lebih memudaratkan umpamanya mengambil ganja atau menghisap rokok.

Akmal merenung siling mencari ketenangan. Waktu rehat yang masih berbaki ini wajar digunakan sebaik-baiknya. Mp3nya dikuatkan sekuat mungkin. Sauh mata kian berlabuh dan akhirnya… selamat malam semua…


…………………………………………………………………………….

Cuti sekolah merupakan hari yang paling dinantikan oleh para pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Keadaan Cyber Café petang itu lengang sekali. Kadang kala terdengar bunyi dentam-dentum permainan video yang rancak dimainkan oleh remaja-remaja yang berkunjung di situ meriuhkan keadaan.

Mata Akmal fokus benar menatap skrin komputer. Sesekali terdengar bunyi klik tetikusnya ditekan sana sini. Khusyuk benar remaja itu melayari laman web yang menjadi kegilaan ramai generasi alaf baru kini. Baginya hari minggu seperti ini patut diluangkan dengan sebaik mungkin.

“Papp” satu tepukan menyergah Akmal dari belakang menggangu kosentrasinya melayari ‘Facebook’.

“Ooo mak…”Akmal melatah. Lantas remaja itu menoleh kebelakang. Perasaan Akmal bergelodak melihat Ardy dengan raut wajah yang kurang menyenangkan.

Akmal diam. Aiyk, lain macam je mamat ni, kenapa aku rasa macam ada aura membunuh je... Matanya merenung wajah Ardy yang penuh dengan tanda tanya.

Ardy membisu seribu bahasa. Pandangan Akmal tidak dihiraukan. Mukanya jelas mempamerkan aura kejahatan. Buku limanya digenggam erat. Melihat dari raut wajah Ardy, Akmal dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Kau ni kenapa? Macam ada masalah aje. Kalau ada masalah, cakaplah. Mana tahu aku boleh tolong,”.

“Bushh,” Satu tumbukan kemas mengenai pipi Akmal. Akmal terkesima. Pergh!! Rasanya hanya Tuhan yang tahu. Darah mengalir keluar dari mulutnya di kesat perlahan-lahan. Ini tak boleh dibiarkan.

“Whats your problem! Your too much Ardy,” Akmal bersuara tegas. Mukanya sudah merah menyala menahan perasaan marah yang teramat sangat.

Pengunjung di situ hanya diam tanpa kata-kata seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Penakut! “Nampaknya aku kena selesaikan sendiri,” monolog Akmal. Kini berpasang-pasang mata melekat ke arah mereka.

Nasib baik Malaysia ada undang-undang…. Kalau tidak dah lama mamat ni pakai kerusi roda! Akmal mengetap bibir menanti apa yang akan berlaku padanya nanti.

“Sekarang aku dah tahu siapa diri kau yang sebenarnya! Kau hanya nak bercinta dengan Safurakan. Sebab itu kau berkawan baik dan berpura-pura baik dengan aku. Semua ini hanya lakonan kau semata-mata,” suara Ardy memetir.

“Your talking nonsense Ardy, straight to the point la!” Akmal menyoal. Dia sendiri terpinga-pinga mendengar tomahan Ardy yang tajam menikam.

“Jangan nak bersandiwara dekat sini. Enough is enough… kau sama saja seperti ‘player’ yang lain!” jerit Ardy.

“Kau tahu yang aku couple sekarang dengan Safura, so apa masalah kau,”.

“Ardy, kau jangan tuduh aku bukan-bukan, aku bukan macam yang kau sangka…,” Akmal cuba mempertahankan maruahnya. Mata Akmal panas. Apa ni, ni pertama kali dia melihat sahabat baiknya meningking sedemikian rupa.

Oh Tuhan! Berikanlah aku petunjuk. Hanya pada kau aku berserah. Kalau diikutkan hati, ringan sahaja tangan Akmal mahu menampar mulut celopar itu.

Akmal mengurut-urut dada, menahan sakit yang menerjah di dalam lubuk hatinya.

“Kau ingat aku tak tahu! Korang berdua buat apa semalam di dalam kelas berdua. Siap bergelak ketawa lagi. Lagi satu aku selalu nampak kau makan, minum and everything dengan Saf. Apa ni! Harapkan pagar, pagar makan padi,” Ardy semakin tertekan.

“Shut up Ardy, your enough!”. Kali ini Akmal bangun dan tangannya menghempas meja.

Akmal mengetap bibir. Berkerut dia memandang wajah Ardy. Mukanya semakin panas. Siapa yang tidak malu dilakukan sedemikian rupa. Apalagi di khayalak ramai sebegitu.

“Kau, kau tak faham... kita orang just study sama-sama je. Dia tak faham, aku ajar, aku tak faham aku tanya dia. Lagipun, PMR dah dekat..,” Akmal membidas.

Ardy merenung Akmal. “I damn well known what Im talking about, Akmal!”.

“Pang..,” satu penampar sulung diberikan percuma oleh Ardy. Akmal kaget. Tergamak lelaki bernama Ardy menghancurkan persahabatan mereka hanya kerana percintaan. Akmal menatap wajah Ardy yang merah padam.

“Jika kau biarkan ego kau terus membelenggu diri kau, aku khuatir bila kau sedar, segalanya sudah tak bermakna lagi dan waktu itu kau akan menghabiskan hidup kau meratapi dan menyesali perbuatan busuk kau ni,” Akmal sungguh sedih melihat perubahan kawannya itu.

Ardy mencebik.

“Well, we will see siapa yang akan menyesal, sama ada kau atau aku? Aku kecewa dengan kau Ardy, kerana perempuan tu, kau sanggup tumbuk aku, kerana perempuan tu, kau lupa pada persahabatan kita. Bila kau tumbuk aku tadi umpama kaun telah hancurkan persahabatan kita,” dengan pantas Akmal mencapai kunci motornya, lalu meninggalkan Ardy yang masih dibelenggu kemarahan di cyber café tersebut.



........................................................................................................



Akmal memecut laju ke arah simpang tiga Jalan Persekutuan. Rasanya dah dekat dua traffic-light merah dihiraukannya. Fikirannya berserabut. Hatinya berkecamuk memikirkan hal sebentar tadi. Sungguh tak disangka...

“Sekarang aku dah tahu siapa diri kau yang sebenarnya! Kau hanya nak bercinta dengan Safurakan. Sebab itu kau berkawan baik dan berpura-pura dengan aku. Semua ini hanya lakonan kau semata-mata,” suara Ardy memetir.

“Your talking nonsense Ardy, straight to the point la?” Akmal menyoal. Dia sendiri terpinga-pinga mendengar tomahan Ardy yang tajam menikam.

“Jangan nak bersandiwara dekat sini. Enough is enough… kau sama saja seperti ‘player’ yang lain!” jerit Ardy.

“Kau tahu yang aku couple sekarang dengan Safura, so apa masalah kau,”....

Couple?? Sejak bila mamat underground tu boleh jatuh chenta dengan minah debunga macam tu. Musykil.... musykil...

Akmal mengetap bibir. Tangan kirinya mengusap-usap kesan lebam di pipinya akibat tumbukan Ardy tadi. Sakit!

Sanggup mamat tu buat aku macam ni. Pasal aku kacau buah pengarang jantung intan payung dia, persahabatan mereka jadi wasalam.... Tapi selama ni aku memang baik dengan Safura apa! Semua orang tau!

Mata Akmal berair. Lantas manik-manik jernih mengalir di pipi tanpa sempat diseka. Kejamkah dia pada Ardy? Hanya gara-gara ‘cinta monyet’ yang tak kesampaian, persahabatan yang dijalankan selama ini hancur musnah...

Minyak dipulas lagi. Meter motor menunjukkan bahawa Akmal kini membawa 120km/sejam. Akmal tak peduli. Bunyi hon dibelakang semakin jelas kedengaran.

Dasar peacebuster petala kelapan, totally perosak alam! That man is good for nothin....

Belum sempat perkataan diucapkan pandangannya kabur lalu suasana bertukar hitam...



.........................................................................................................


Gerimis pagi mula reda. Kicauan camar saling bertelingkah, murai berkicar di sarang tembusu. Sayup-sayup cahaya matahari mencelah-celah di sebelah bukit-bukau yang menjulang tinggi memberi sinar yang menghangatkan jiwa.

Suasana dalam dewan peperiksaan sunyi sepi. Hanya sesekali pelajar berdehem kedengaran.

“Aduh apa ni!!!”.

“Kalau hydrogen react dengan oxygen jadi.....”...

“Apa formula ni?”.

“Soalan ni tak keluar syllabus pun, cikgu tak pernah ajar aku la!”.

“Putus fius punya soalan! Wujud ke soalan macam ni”....

“PMR..... macam ni ke?? Aku rasa orang ambil PH.D pun tak boleh jawab...,”.

“Tick, tock, tick, tock…,” jarum jam terus berdetik memecah keheningan pagi. Sudah 2 hari SMK Sri Pantai menghadapi Ujian Penilaian Menengan Rendah, namun kelibat Akmal masih tidak kelihatan.

Ardy memutar pen 360 degree. BM sudah.... English pun sudah... Pendidikan Islam sudah... Sejarah pun sudah.... Maths dengan Science pun dah lepas.... Matanya kembali menghadap kertas Kemahiran Hidup. Mak oi susahnya.....

Tumpuannya beralih ke meja di hadapan. Akmal.... mana pula dia ni? Dari awal peperiksaan sampai sekarang tak muncul lagi. Marahkah dia sama aku? Ardy risau ke mana perginya Akmal. Sudah seminggu kejadian itu berlaku dan mulai saat itu, kelibat Akmal tidak pernah dijumpainya. Bila di tanya sama Cikgu Fatimah, guru itu hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.

Ardy kesal dengan apa yang berlaku. Ingin sekali dia berada di imbasan lalu.

........................................................................................................

“Ardy, can you give five minutes to explain to you the truth between I and Akmal,”.

Ardy yang mahu hendak melangkah keluar berpusing semula memandang wajahnya. Akhirnya dia mengangguk, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

“You have 4 minutes left,” kata Ardy dengan wajah yang tenang.

“Forgive Akmal please...”.

“For what reasons?”.

“For friendship and love?”...

“Yang you nak back up sangat si Akmal tu pasal apa? I know his handsome, kalau you suka kat dia kenapa tak tackle dia dari dulu,” Ardy berang. Lagi-lagi Akmal, lagi lagi Akmal...

Wajah Safura panas.

“I say enough,”.

“Control yourself Dy, he’s your friend. Your best friend. Remember that! Ini tak ada kena mengena dengan suka ke, handsome ke, tapi ini pasal satu persahabatan yang hancur disebabkan oleh ego awak tu,”.

“Siapa yang ego? Saya atau Akmal. Dia yang ego. He took you from me!”.

“For your info, I memang tak ada apa-apa hubungan dengan Akmal selain kawan. Lagipun ego you je yang lebih! Kalau you tak habis-habis dengan perasaan ego you tu, I tak tahu apa nak jadi dengan you lepas ni, “.

Egomaniac... Dasar Asbestos Hydrogen Peroxide!

“Akmal tu dah la budak baik. Sanggup awak tuduh dia bukan-bukan. Apa salah dia! Berdosa sangat ke dia dengan you!” bertalu-talu suara Safura.

Hati Safura sungguh geram. Kenapa Ardy tidak pernah ikhlas mencintainya? Kenapa tiada sekelimut rasa kasih sayang padanya. Segala pengakuan about love or sayang, itu semua palsu semata-mata.

“For your information,the truth is I with him all day long, but thats does not mean I couple dengan dia, date sana sini! He thought me Science and Math! His too kind to me and also you! Kenapa buta sangat mata tu tak nampak kebaikan orang lain. Dia bukan sesiapa pun bagi you. But his your friend, Ardy! Don’t denied it!”. Safura mengeluh senafas. Air matanya dibiarkan mengalir.

Darah Ardy tersirap. Tajam sungguh kata-kata gadisnya itu.

“Awak jangan nak tipu saya,”.

“Swear, saya tak tipu awak. We just recover for our PMR, that’s all,” Safura semakin menyakinkan Ardy. Tuduhan terhadap Akmal yang dilemparkan Ardy memberi tamparan hebat kepada Safura.

“Baiklah, kalau benar awak seorang lelaki yang baik…. Maafkan dia. Akmal memang tidak bersalah,” Safura menitiskan air mata. Tulus benar hati gadis itu.

Ardy terduduk meraup muka. Dia kini dihantui rasa bersalah.

……………………………………………………………………………………


Ardy melangkah masuk ke wad yang dikhaskan untuk Akmal. Hatinya sebak melihat wayar yang berselirat dari badan sahabatnya itu. Mukanya bengkak, kepalanya berbalut begitu juga dengan kakinya. Ardy masih nampak kesan darah pada dahi sahabatnya itu.

Pagi tadi dia ada menelefon Akmal dirumah. Kata Cik Neng, majikannya tiada di rumah. Dia di hospital. Pada mulanya Ardy tak percaya. Dia kemudian menelefon Safura dan akhirnya mereka di sini… di Hospital Ampang.

“Maaf pak, Tuan Mudanya enggak ada di rumah, Tuan di rumah sakit…,”

Ardy pelik. Tuan Muda? Siapa ni Tuan Muda? Aku salah rumah ke? Betul la ni nombor telefon rumah Akmal.

“Tuan Muda? Siapa Tuan mudanya cik?” Ardy masih di talian.

“Tuan Muda Mustaqim pak, dia sedang sakit. Katanya sekarang di rumah sakit Ampang,” serius Cik Neng memberitahu.

Rahang di bawah rasa nak terjatuh. Akmal tu Tuan Muda?

Tuan Muda Mustaqim. Memang nama dia Akmal Mustaqim… Tapi kenpa Tuan Muda. Musykil betul. Ardy termenung sendiri. Siapa Akmal sebenarnya? Dia memang kenal Akmal dah lama. Tapi dia memang tak kenal orang tua Akmal sebab mereka selalu tiada di rumah. Memang Akmal nampak seperti orang berada, tapi? Cuma selama ini yang Ardy tahu dia ada seorang abang bernama Asyraf. Siapa sebenarnya orang tua Akmal?

Dia kini masih dalam dilema. Banyak berahsia rupanya Akmal ni. Akhirnya dia mengambil keputusan ke situ bersama Safura..

Wajah Akmal ditatap lama. Kesal mula menyelubungi hatinya. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia menjerit memberitahu semua orang inilah yang paling bodoh, memutuskan persahabatan hanya kerana ego seorang lelaki.

Suara bising di luar bilik menyedarkan Ardy dari lamunan. Segera dia menyeka air matanya. Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum menoleh ke arah pintu yang sudah terbuka. Rupanya Safura dengan Asyraf.

Mata Akmal terpejam rapat dan dikala ini dia terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Sempat Asyraf melihat keadaan adiknya. Perlahan satu keluhan kecil dilepaskan sayu.

“Bersabarlah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya,” Safura di belakang cuba menenangkan Ardy.

“Safura, kenapa selama ni I sendiri tak tahu yang dia anak Tan Sri... Kenapa selama ini dia tipu I sampai I tak tahu yang dia anak orang kaya. He nice to me, but I …. I dah berdosa dengan dia Saf. Selama ni I ingat dia anak orang biasa, I pijak dia, I ‘pau’ dia. I… jadikan dia kuli batak I. Dia tak pernah minta apa-apa dari I. I dah banyak buat salah dengan dia Saf,” semakin deras air mata yang mencurah di pipi Ardy.

Manik-manik jernih mengalir dari pipi Safura. Sungguh murni hati Akmal sehingga sanggup menyembunyikan identitinya sendiri. Rintihan Ardy semakin memilukan keadaan.

..............................................................................................................................

Asyraf barus habis membaca Yasiin. Diletaknya surah Yasiin itu di sebelah meja lantas merenung wajah adiknya. Tiada tanda-tanda yang dia akan sedar. Akhirnya Asyraf mengambil keputusan keluar dari bilik itu.

Sudah empat hari Akmal tidak sedarkan diri dan dalam tempoh itulah Asyraf tidak pernah jauh dari adiknya.

Pagi tadi Tan Sri Khalis dan Puan Sri Roziah ada datang melawat. Tapi tak lama mereka di situ. Papa sibuk dengan pembukaan syarikat barunya di Hong Kong. Mama pula tak habis-habis dengan persatuan datin-datinnya yang memanjang ada mesyuarat tu.

“Herm.. lebih pentingkan harta dari anak-anak,” rungut Asyraf sendiri. Kehadiran mereka seperti tidak membawa makna apa-apa. Hanya sekadar mahu menampakkan muka sahaja. Tiba-tiba sahaja pintu bilik itu berkuak. Asyraf menoleh.

“Eh Ardy, kenapa tak cakap nak datang,” Asyraf menyapa tatkala wajah Ardy di lihat di sebalik pintu.

“Kebetulan,”.

“Tak mengapalah, abang nak pergi surau sekejap solat zohor. Tolong jagakan Akmal sekejap,” ujar Asyraf. Ardy hanya menangguk lantas melabuhkan punggung di bangku. Matanya difokus kepada wajah Akmal. Sayu Ardy menatap wajah pucat itu.

Asyraf sudah lama beredar. Ardy menatap wajah Akmal. Pantas bibirnya mengalunkan zikir memohon keredhaan dari-Nya. Ardy tidak tahu bagaimana dia boleh lalai untuk menilai diri Akmal dari dulu lagi. Bagaimana dia membiarkan lelaki sebaik Akmal menjauhi dirinya.

“Maafkan aku Mal, maafkan aku. Berilah aku peluang untuk betulkan keadaan. Ya Allah, berilah aku peluang untuk menjadi hamba-mu yang bertakwa. Aku telah menzalimi rakanku sendiri. Aku manusia kejam Ya Allah. Ampunkanlah aku, berilah aku peluang untuk menebus segala dosa yang telah aku lakukan kepada temanku ini Ya Rabbi,” doa Akmal teresak-esak. Air mata yang ditahan sebelum ini tumpah jua akhirnya.

Safura di luar menutup pintu bilik wad Akmal perlahan-lahan. Setitis air mata jatuh jua di pipinya. Yakin benar dia bahawa Ardy telah berubah. Safura terkedu tatkala matanya terpana melihat tubuh kaku Ardy terkulai di pangkuan sahabatnya.

……………………………………………………………………………………


Suasana di Tanah Perkuburan Bukit Mertajam pagi itu sayu sekali, awan mendung berarak pilu, angin seperti memahami apa yang dirasakan oleh Ardy. Pagi itu juga jenazah Akmal Mustaqim bin Tan Sri Khalis selamat dikebumikan. Tak sanggup untuk Ardy menatap wajah itu dengan masa yang agak panjang. Semakin ditenung, semakin laju air matanya bersungai di pipi.

Semalam ketika di wad, Akmal disahkan meninggal dunia akibat kekurangan darah. Jantung Ardy bagai nak terhenti mendengar berita itu. Asyraf di sebelahnya bagai nak pitam apabila doktor mengumumkan kematian adiknya.

Dari jauh, Ardy melihat kelibat Puan Sri Roziah bersama suaminya menangis teresak-esak. Abang Asyraf disebelahnya kini diam tak terkata. Sayu melihat adik kesayangan pergi meninggalkan dia selama-lamanya. Ardy cukup sedih, teramat sedih mengenang sikapnya terhadap arwah sewaktu hidupnya.

Setelah tanih dikambus, setelas talkin selesai dibaca, semua orang beransur pulang, Safura pulang terlebih dahulu, katanya tidak sanggup lagi meratapi pemergian Akmal, pilu rasanya hati bila berdekatan dengan arwah. Seperti kenangan sentiasa datang dan pergi. Kini hanya tinggal Asyraf, Ardy serta Tan Sri Khalis yang masih di tanah perkuburan.

Asyraf memegang batu nisan Akmal, air matanya menitis kembali, rasanya baru sebentar di berjenaka dengan Akmal, baru sebentar menyakat angah, dan seperti baru semalam dia melihat Akmal melambai-lambai padanya.

Tidak semena-mena Ardy seperti diserang histeria, lantas dia mengesot ke arah kubur Akmal. Semua yang hadir terkejut melihat perbuatan Ardy. Lantas Ardy menangis di kubur Akmal. Batu sungai di atas kuburan itu digenggam erat.

“Maafkan aku, maafkan aku..... maaf...kan aku,” Ardy meraung. Asyraf menekup mulut. Sayunya hatinya melihat perbuatan Ardy. Asyraf turut menangis.

“Sudah la tu Ardy, redakan pemergiannya, mungkin Tuhan lebih sayangkan dia,” Asyraf menenangkan Ardy, lantas tubuh Ardy dirangkul erat.

Ardy kini tinggal sedu. “Marilah, marilah kita semua pulang. Tiada ada gunanya duduk di situ lama-lama, yang pergi tidak akan kembali lagi,” Tan Sri Khalis yang lama mendiamkan diri di belakang mereka datang mencelah lantas dia menghidupkan kereta. Tak sanggup lagi mahu berlama-lama menatap kuburan anak bongsunya. Perlahan-lahan kereta itu bergerak keluar dari Tanah Perkuburan Bukit Mertajam meninggalkan segala kenangan besama arwah tercinta.

…………………………………………………………………………………..

Satu Catatan.......

Siapa kata ini cerita dongeng, atau rekaan semata-mata. Betapa penat dan perit aku melalui liku-liku kehidupan yang diuji Tuhan untuk sampai ke satu tahap yang akhirnya mengnal erti kepuasan. Mungkin saat aku kembali menjenguk Akmal di Malaysia nanti, adakah Safura akan sentiasa berada disampingku atau mungkin dia sudah bersama dengan pasangan hidup pilihannya, coretan ini bukan satu ilusi atau angan-angan, bahkan motivasi untuk aku merelisasikan impianku...

Di bumi baru ini aku memulakan hidup baharu sebagai seorang perantau. Banyak budaya disini masih belum aku aplikasi dalam kehidupan Walaupun umur semakin lanjut ditelan peredaraan zaman. Haha. Puitis bukan........

Akmal.......... sungguh rinduku padamu msih belum padam, hadirnya kau dalam mimpi sudah cukup mengubati hati yang luka ini. Hanya aku di sini, berupaya memohon doa agar kita jumpa di syurga nanti.

Bagaimana sekarang di Malaysia? Sudah lama perkhabaran dari Tanah Air itu tidak ku dengari, rinduku pada Malaysia bukan kepalang, setiap tahun pasti ada ada mahasiswa dan mahasisiwi dari Malaysia bersamaku universiti di sini berkongsi ceritara dari Malaysia.........

Kali terakhir dia menerima panggilan dari Asyraf lebih kurang dua minggu lepas. Al-maklumlah dia kini berada di UK melanjutkan pengajian di tahun terakhir dalam Masters. Safura menghilang entah ke mana, katanya dia dapat tawaran di Pahang. Sekolah asrama perempuan kalau tak silap. Masing-masing sekarang ada haluan sendiri. Cepat betul masa berlalu mengubah segalanya.

Aku? Di bumi Dublin ini aku mengenal erti kehidupan. Tahun terakhirku dalam jurusan ‘Human Nutrition and Dietics’. Kisahku dan Akmal di alam persekolahan moga dijadikan tauladan. Moga kalian tak mengulanginya lagi…


Yang benar…
Engku Arman Ardy Engku Zulkifli
Dublin, Ireland
12 Februari 2012

Monday, 6 February 2012

sedetik lebih chapt 1

1

Tangan di tuju ke mulut menahan kuap. Angin malam perlahan menyapu dadanya yang tidak berbaju. Ya Allah, mengantuknya! Mata yang dari tadi semakin lama semakin berat digagahkan juga untuk dicelikkan. Tapi nak buat macam mana, mahu tidak mahu dia harus berjaga untuk hantar assignment ni besok. Kaca mata Prada yang dah telurut sampai ke hidung ditolak naik. Peluh yang mengalir di pipi dibiarkan tersejat, baginya time is gold dan tiada masa untuk mengelap peluh. Sesekali remaja itu menoleh ke arah jam loceng yang dari tadi sedia menemaninya sehingga pagi buta itu.

“Baru pukul 4 pagi…”. Remaja itu meraup muka. Tangannya kembali bertugas di papan kekunci. Melihat kawan-kawan sebiliknya yang sudah lama tertewas di alam mimpi tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan assignment itu. Baginya bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian…

Suasana senyap. Hanya bunyi kipas angin yang memecah kesunyian pagi itu. Khusyuk benar matanya menghadap skrin laptop yang berada di hadapannya sejak jam 9 tadi. Yang dia tahu benda itu harus disiapkan pagi itu juga. Kalau tak….

“You’ll have to repeat it again this summer…”

Atau ayat yang lebih mudah difahami adalah - dia gagal -.

Remaja itu menggeleng kepala tanda protes. Sir Mathew tu memang tak bagi muka langsung. Dia ingat assignment tu macam buat cekodok, lenyek-lenyek tepung lepas tu masuk dalam kuali, siap! Nak cepat aje mintanya.

Remaja itu merungut sendiri. Mau tidak mau, dia harus siapkan tugasan itu. No matter what and why…  Sesungguhnya dia tahu, tugasan ‘tahap dewa’ itulah hidupnya. Tugasan yang menentukan sama ada namanya nanti akan menjadi ‘Dr. Asyraf Mikael’  atau bukan. Assigment ‘tak guna’ itu juga yang akan menentukan hala tuju hidupnya nanti.

Tulisan yang terpapar di skrin laptop macam dah berputar-putar. Otak dah serabut dengan tugasan ni! Mike berhenti daripada menaip lalu dia bersandar pada kerusi. Remaja itu menggeliat perlahan merenggangkan otot-otot yang dah kejang menaip dari tadi.

Hot choc yang dah tak beberapa hot itu dihirup perlahan. ‘Bertahanlah wahai Mike, sedikit lagi’. Tinggal lagi satu file. Kau tinggal copy paste je, lepas tu edit mana yang boleh. Ya! Kau boleh!



Mike mendengus perlahan. Tangannya digenggam erat. Sejuk….   Lalu dalam kesejukan itu, dia bangun untuk mendapatkan jaketnya di katil berdekatan. Kain pelekat yang hampir terlondeh dari tadi itu diikat kembali kemas. Sejuk pagi itu, Tuhan sajalah yang tau. Dia saja orang gila yang tak nak pakai baju waktu suhu sedang berada pada takat 2 celcius itu.

Setelah jaket disarungkan, Mike kembali menghadap laptopnya. Tangannya kembali menaip walaupun fikirannya dah lama tidur bermimpi indah. Dia kini umpama jasad yang tidak bernyawa. Jasad yang dikerah bekerja sedangkan jiwa tu dah lama tidur nyenyak diulit mimpi. Tapi nak buat macam-mana, kerja tetap kerja.

Sikit lagi…. sikit lagi….

“Alamak typo error pula!”

“Hish salah lagi..”.

Equation apa ni, tak masuk langsung!”.

Dan akhirnya….

 ya… sikit.. la… gi…. dan…… akhirnya!!!!

Mike tersenyum puas.

Finally  ‘selamat malam semua’……


………………………………………………………………………………



“Sejuknya petang ni,” Kim memeluk tubuh.

“Padahal dah nak masuk summer dah…”.

“Ainul ada bawak sos?”.

“Jap aku pergi amik kat dalam kereta,”.

Nasi berlaukkan ayam masak merah itu dibawa kemulut. Masuk yang ini, ini kali yang ketiga di menambah masakan buatan Ainul itu. Nak kata sedap tu tak berapa la, tapi boleh tahan… Nasib baik la ada sorang mamat ‘Melayu’ yang sesat kat bumi Ireland ni yang pandai masak masakan Melayu. Kalau tak, menggeliat la lidah aku ni nak makan makanan orang Irish kat sini.

Sketch book berwarna biru muda itu ditolak tepi. Khusyuk benar Mike menghadap masakan Ainul. Yang si budak Ainul ni, mak bapaknya sibuk suruh dia ambil kulinari sebab budak ni pandai masak, kalah la masterchef katanya. Tapi degil sangat nak buat ‘engineering’ kat sini.

 Tu la jadinya, seorang budak ‘cooker engine’…

Mata Mike dari tadi tertancap pada keindahan River Liffey. Sungai ‘Ireland’ yang menjadi kebanggaan warga Dublin. Walaupun hampir setiap bulan dia ke sini, perasaan bosan tu tak pernah wujud setiap kali dia bertandang ke situ. Kata orang, ‘tak jemu-jemu dipandang…’

 Entah mengapa anginnya begitu pelik hari tu sampai dia tiba-tiba hendak berpicnic dengan rakan serumahnya di River Liffey hari ni. Mungkin sengaja mahu hilangkan stress setelah tiga bulan yang penuh dengan tekanan menyiapkan thesis Sir Mathew.

Berhempas pulas dia selama 4 tahun itu dalam course ‘Human nutrition and dietetics’. Kesudahannya hanya berakhir dengan thesis yang 50 helai muka surat saja. Dahlah kena berhadapan dengan Sir Mathew yang garang tahap ‘tak ingat’, uni jauh dari bunglow pula tu, dan yang paling ‘best’ budak-budak yang satu course dengan dia semua mamat-mamat ‘specky’ yang nerdy, bawak buku ke sana ke sini macam orang yang tak ada life langsung! Nak kata budak-budak perempuannya, Mike menggeleng kepala. Kalau letak kodok dalam list, kodok lah nombor satu, semua tak boleh buat bini.


            Kadang-kadang tu, ada juga dia terfikir, kenapalah aku mengada-ngada sangat nak buat course ni? Mungkin dia nak jadi doktor suatu hari nanti? Mike sendiri kurang pasti. Mungkin ada benarnya juga, mungkin ‘arwah Akmal’ adalah jawapan bagi segala yang dilaluinya hari ini.

“Woi pakcik, jauh termenung nampak? Sudah terbang ke mana?” Kim, budak course engine, sama macam Ainul datang menyampuk. Tangannya yang memegang botol sos cili dihulurkan pada Ainul.

Mike tersengih. Soalan itu dibiarkan padam tanpa jawapan.

Ala, biarlah mamat tu buat hal dia, korang macam tak tahu je, semalam dia dah hantar thesis ‘maut’ dia kat Sir Mathew. Berjaga sampai pagi sampai dah macam cadaver dah aku tengok muka dia. Biarlah hari ni dia enjoy sikit,” Afiq yang tengah berjaga dekat tempat barbeque menjerit.

Ketawa pecah. Ada-ada je la korang ni.  

“Jadi Inche Dr. Asyraf Mikael, tahniah saya ucapkan atas kejayaan kamu dalam menghabiskan course ‘Human nutrition and dietetics’ dalam masa empat tahun anda di Dublin ini. Tahniah!!” Ainul yang memegang botol sos cili membuat gaya ala-ala pengacara terkenal.


“Budak ‘Honors, Second Class, First Division’lah katakan!” Kim bertepuk tangan.

“Cheers for Micheal!”.

Suasana riuh dengan gelak sakan. Mike dah geleng-geleng kepala. Ada-ada je la member-member aku ni.

“Abang Mike, apa plan abang cuti ni?” tiba-tiba budak Eddie ni datang menyibuk.

“Yela Mike, tak kan kau tak ada apa-apa plan summer ni, kau punya sem kan  habis awal? Takkan, kau nak duduk kat rumah tu terlentang menghadap TV dua puluh empat jam nak tunggu sampai kitaorang semua habis sem yang berbulan lagi nak habis ni? Think something dude!” Afiq mengambil tempat disebelahnya sambil menghirup jus.

Mike terdiam. Tak pernah dia terfikir untuk plan apa-apa untuk cutinya itu. Perlukah dia?

“Entahlah, aku tak fikir apa-apa lagi, maybe aku balik rumah parents aku je kot”.

“Kau buat apa yang kau rasa perlulah, lepas kau graduate nanti kau pergilah mana-mana yang kau nak pergi, tapi jangan lupa budak-budak kat sini, bila kau ingat Dublin Institute of Tech, kau ingatlah kitaorang,” Kim buat muka sedih.

Ketawa pecah. Ke situ pula Kim ni…

“Yela even aku grad awal dari korang, aku takkan lupa la semua roommate aku kat sini, yang tolong aku bayar sewa rumah tu, yang sibuk nak redah toilet, bila time aku nak guna, yang tidur sekatil dengan aku. Aku takkan lupa la korang!” Mike ketawa. Memang frenz la korang ni…

Dalam keriuhan, Mike tersedar. Dia kini berada dikalangan mereka yang menyayanginya. Dengan Kim si budak yang gila-gila. Ainul the cooker boy, Afiq yang tak pernah lepas dari mp3nya. Junior si Eddie tu semuanya best-best belaka. Tanpa mereka, hidup Mike rasa macam kosong tak terisi.

Pandangannya kembali ditala pada River Liffey yang jernih membiru. Sama macam langit pada waktu tu. Tenang. Setenang jiwanya.

Dan dia pula masih dalam waktu berfikir.

Apa aku nak buat cuti ni….

 

………………………………………………………………………

 

“Mama nak itu saja,”….

“Ya sekejap lagi along balik…”.

“Okey, okey, along pun tak lama kat Belfast ni,”

“Okey bye, Assalamualaikum…,”.

Talian dimatikan. Mike kini kesorangan berjalan di tengah-tengah bandaraya Victorian, Belfast. Sengaja mahu berjalan-jalan sekitar Ireland ni sebelum jumpa mama dengan papa dekat rumah. Alang-alang nak jumpa mereka, sengaja dia singgah di Victorian untuk membeli buah tangan.

Carrolls… Carrolls… Carrolls… aha.. jumpa pun!

Mike tersengih puas. Akhirnya kedai yang menempatkan pelbagai barangan berjenama itu dijumpainya juga berdekatan bandar Victorian ni. Bukan dia tidak tahu, di situ memang banyak kedai-kedai atau butik-butik yang terbaik untuk dikunjungi oleh para pelancong. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan kualiti barangnya.

Mike memasuki Carrolls. Lama dia memerhatikan sekeliling, mana tahu ada yang berkenan di mata, untung-untung boleh hadiahkan pada mama. Semua barangan yang dipamerkan mempunyai nilai yang tersendiri. Akhirnya setelah puas menilai, matanya tertancap pada satu ukiran kecapi yang diukir halus. Seni yang dirasakan istimewa oleh Mike.

Lalu dia bersetuju untuk membeli ukiran itu. Mike menuju ke kaunter bayaran.


ag cén praghas?” fasih lidahnya menutur bahasa Irish.

ach € 10 leat…”.

            Lalu Mike membayar dengan harga 10 euro.

buíochas a ghabháil leat…”.

            “le chéile,”.

            Mike tersenyum girang. Sudah dapat apa yang diinginkan dan dia kini boleh pulang ke rumah dengan senyuman di pipi. Langkahnya laju diatur ke pintu masuk tanpa menoleh kiri dan kanan. Tidak semena-mena…

           “Bukkk….”.

            “Ops, sorry,”. Mike terkejut. Buka saja pintu kedai dia telah berlanggar dengan seorang perempuan. Kaca matanya terlurut sampai ke pangkal hidung. Nasib baik ukiran itu masih tergenggam kemas di tangannya. Kalau jatuh tadi sia-sia saja. Mike menoleh ke belakang. Kesian perempuan tu, jatuh terduduk dia.

           Mau tidak mau, terpaksalah Mike membantu perempuan tersebut. Tangan gadis itu digapai erat. Gadis itu dilihat cuba menggagahkan diri untuk kembali berdiri.

            “leithscéal deartháir aintín liom,” Mike cuba berbahasa Irish walaupun dari wajahnya Mike boleh mengecam yang gadis itu datang dari sebelah Asia. Melalui gayanya, lagaknya.


            “ní ábhar,” perlahan dia menuturkan.

Gadis itu nampak seperti kepenatan. Seperti dia sedang mengejar sesuatu. Nafasnya turun naik menahan semput. Rambutnya yang mengurai panjang melepasi bahu itu cuba untuk diluruskan.

Mike melihat gadis itu atas bawah. Tubuhnya tidaklah tinggi Cuma lebih rendah sedikit daripada dia. Gadis itu dilihat mengenakan gaun labuh berwarna dark maroon sesuai sangat dipandankan dengan stiletto merah yang dipakainya ketika itu.

Dalam kelam kabut itu, Mike terpegun dengan kecantikan gadis itu. Masakan tidak, wajahnya yang putih gebu. Bentuk badan yang menggoda persis Katy Perry
mengingatkan Mike pada seseorang yang cukup dikenalinya suatu ketika dulu.

           “Asian?” Mike cuba meneka.

            Gadis itu mengangkat kepala. Tangannya masih mengibas debu-debu yang melekat dipakaiannya sewaktu terjatuh tadi.

            “Malaysian. You?”. Salaman dihulur.

            Mike tersengih sambil menyambut lembut huluran tangan gadis itu. Betutllah…

            “Sorry langgar you tadi, ada external injured?”.

            Gadis itu tersenyum padanya. Melayu juga mamat ni..

            “I’m fined,”.

            “Your Irish language need to improve a lot!” Mike sengaja mengusik.

You tak nampak macam orang Asian langsung, more to Irish guy I think!”.

            Mike ketawa. Muka aku ni nampak macam orang Irish. Hebat…

            “So, I’m Atilia, you?” gadis itu memperkenalkan dirinya.

            “I’m Mike, nice to meet you Atilia,” Mike berlagak macho.

            Atilia tersenyum.

            “You tak ada Malay name ke. Ye la, I mean should Malay boy named Abu ke, Dolah ke, Samad ke… you takkan ‘Mike’ je?”.

Aik, peril aku ke minah ni. Mike menarik muka dalam diam, namun senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
           
“Asyraf Mikael bin Khalis Sulaiman, you can called me Michael if you want to,” Mike memperkenalkan dirinya.



            “So Mike, nice to meet you, should we walked?” Atilia mempelawanya berjalan-jalan. Mike tersengih. Ukiran yang masih tergenggam kemas didalam tangannya di bawa masuk ke dalam beg galas yang sekian lama tersandang di bahunya.

            “Why not?” Mike mengangguk.

            Atilia tersenyum. Langkahnya diatur perlahan melalui deretan butik-butik di bandaraya Victorian itu. Dalam diam Atilia mengintai-intai melihat wajah comel Mike. Walaupun Mike ni macam budak ‘specky’ sikit, tapi dia tetap nampak smart di mata Atilia. Senyuman Mike yang tak pernah lekang dari tadi membuat hatinya cair. Walaupun hanya dipadankan dengan jaket hitam dan jeans lusuh bewarna biru tua, dia nampak seperti lelaki yang sempurna sekali sifatnya.

Atilia dapat merasakan yang Mike ini mempunyai ciri-ciri idaman yang sempurna untuk semua wanita. Ala-ala pelakon winter sonata gitu. Handsomenya mamat ni…

            “Kenapa you pandang I macam tu, is there something wrong with my face?” Mike berasa janggal. Tangannya meraba-raba muka. Ada jerawat baru ke? Ish ada yang tak kena ke dengan muka aku yang hensem ni? Mike membuat andaian sendiri.

            Melihat Mike yang tengah panik dengan wajahnya membuatkan Atilia ketawa. Kelakar betullah mamat ni. Memang ada sense of humour

“You ni funny la. I suka. By the way, you student ke dekat sini? Tak pernah pun I nampak you kat Belfast ni. Is it your first time here?” Atilia merenung perlahan anak mata Mike. Mereka kini berjalan berhampiran City Hall.

            Mike menghela nafas. Tangannya dimasukkan ke poket jaket. “No actually, I baru je habis study last week. Ambil Human Nutrition and Dietetics course. Since dah nak grad, I saja je nak datang sini, makan angin. Ni I saja je nak beli buah tangan sikit untuk parents I,”.

            Atilia mengangguk. Suasana sepi sebentar. Tiada perkataan yang keluar daripada mulutnya mahupun Mike. Dua-dua diam mebisu.

Atilia memerhati sekeliling. Ni kenapa pula aku ni, dah jadi bisu pula bila jumpa mamat hensem ni.

            Sesekali dia terdengar Mike berdengus sendiri. Masih lagi sepi dari tadi. Hanya tapak kasut yang bermain irama. Mulut mereka terkunci seribu bahasa. Mike mengeluh. Susahlah macam ni, yang lelaki pemalu, yang perempuan tak nak cakap. Mike menggeleng-geleng kepala. Come on Mike! Lets show her who’s the men, talk to her dude!

            “Jadi …”.

            “So..,”.

            Suasana senyap. Kemudian mereka ketawa.

            “Tak mengapa, you go first,” Atilia tersenyum. Macam mana boleh sama-sama pula ni.

            “Jadi, apa tujuan you datang Belfast ni?” Mike tersengih. Apa soalan daa…

            Atilia memandang Mike penuh tanda tanya.

            “Kenapa salah ke I tanya?” Mike buat muka tak bersalah.

            Atilia ketawa. “You ni kan, I usik sikit je dah kalut semacam,”.

            Sekali lagi Mike berdengus tanda protes. Ada-ada je la bahan minah ni nak kenakan aku. Mike tersenyum sendiri.

            “Herm… actually tadi I’m here with my friends. Kitaorang saja nak melawat Titanic but suddenly I don’t remember at all.  Tiba-tiba je I missing in action. I’ve tried to call them many times but there was no answer.  Sampai la bateri I mati. Luckily I’ve found you, masa I tengah panik tadi” Atilia akhirnya menceritakan perkara yang sebenarnya.

            “Tu yang kalut sampai redah orang macam orang kena kejar hantu je,” perli
Mike. Tawanya masih bersisa dari tadi. Memang boleh ketawa bila teringat peristiwa tadi. Aci main redah je tak tengok depan belakang. Last kali, cik adik sendiri yang ‘bedebuk’ jatuh macam nangka busuk.

            Atilia memuncungkan bibir. “Ala, bukan sengaja pun, sorry again Mr. Mike, tak kan awak marah lagi pasal tadi,”.

            Mike ketawa. Mak ai, touchingnya minah ni. Baru usik sikit. Nasib baik comel. Kalau tak, aku dah campak lama dah kat sungai Liffey tu.

            “Dah lama dah I maafkan you,”. Mike menguntumkan senyuman paling manis untuk Atilia. Baginya gadis itu memang tidak bersalah sama sekali. Mungkin bila dia berada di tempat Atilia, dah berduyun-duyun dah orang dia langgar.

            “Thanks”. Dan gadis itu sekali lagi tersenyum berbunga.

            Langkah mereka berhenti di sebuah taman yang terletak di tengah bandar. Cahaya matahari yang memancar memberikan sedikit kehangatan di bumi Ireland itu. Atilia lalu melabuhkan punggung di sebuah bangku kosong yang berhampiran. Gadis itu membetulkan rambutnya yang sedikit kusut ditiup angin. Macam iklan Sunsilk yang selalu Mike tengok sewaktu dekat Malaysia 6 tahun lalu.

“You nak ice-cream, I belanja. Tadi I ada nampak pak cik jual ice-cream kat hujung sana tu,” gadis itu tiba-tiba mempelawa Mike untuk dibelanja.
Mike terdiam.

“You nak tak?” sekali lagi Atilia merenung wajah Mike. Mamat ni tidur ke bila aku cakap dengan dia…

Sorry, I mengelamun tadi. You cakap tadi you nak belanja I ice-cream kan? I tak nak coklat okey,” Mike menoleh ke arah Atilia. Kaca mata Pradanya ditanggal sebentar. Mata yang dirasakan termasuk habuk digosok perlahan.

“Oh, okey. I’ll be back for a sec..,” perlahan Atilia bangun meninggalkan Mike yang masih di bangku taman.

Mata Mike mengekori langkah Atilia yang semakin jauh meninggalkannya.
Dari jauh dia kelihatan sangat serupa dengan ‘dia’. Seorang gadis yang pernah Mike kenali suatu ketika dulu. Gadis yang menjadi penghibur dan penawar duka Mike. Gadis yang pernah dicintainya suatu masa dulu. Sungguh Atilia mirip sekali ‘dia’. Mike meraup muka. Ya Allah, mengapa kau temukan aku dengan Atilia di bumi Ireland ini Ya Allah. Adakah ini takdirku Ya Allah?

            Gayanya, langkahnya, cara percakapannya hampir mirip sekali si ‘dia’.
Walaupun dari segi fizikal, wajah Atilia lebih kebudak-budakkan namun hampir kesemuannya yang dilakukan, Atilia memang mirip sekali dengan ‘dia’. Memang tidak dinafikan lagi…

            “Mike…”.

            Tak mungkin, tak mungkin Atilia tu adalah dia… Tak mungkin.

            “Mike!”.

            Dan Mike tersentak dari lamunan…

“You dengar tak ni, dah berpuluh-puluh kali I panggil you tapi you tak dengar. Ni ice-cream you ni, dah nak cair dah dekat tangan I,” Atilia dengan penuh mencuka menghulurkan ais krim yang separuh cair kepada Mike. Remaja itu hanya mampu tersenyum.

Ala, kesian dia, meh sini cik abang tolong lapkan,” Mike membuat ala-ala manja. Sapu tangan dari dalam koceknya dikeluarkan lalu dilapkan pada tangan Atilia yang terkena ais krim tadi.

Atilia tergamam. Tanpa disedari, lelaki itu memegang lembut tangannya. Tangan yang terkena ais krim itu dilap sempurna.

Thanks, Mike,”. Atilia memandang tangannya. Bersih.

Thanks juga sebab belanja I makan ice-cream,” Mike tersenyum. Sapu tangan itu kembali dimasukkan ke dalam kocek. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada ais krim yang mencair.

“Atilia…,”.

“Yup, kenapa?”.

“Mana you tak I suka vanilla mocha?”.

Atilia mengangkat muka. Matanya ditoleh ke arah Mike disebelahnya. Aik tu memang favourite dia ke? Aku aci main redah je tadi.

“You kata you tak suka chocolate, so I randomly choose that,” Atilia memberitahu. Nasib baik dia suka…

Thanks again,” Mike kembali menghadap ais krimnya yang tinggal separuh.

Suasana kembali sepi. Hanya sesekali terdengar hilaian tawa kanak-kanak yang berkejar-kejaran di taman itu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hari dah makin gelap. Matahari kelihatan hampir tenggelam.

“Mike, I nak tanya you something boleh?” Atilia menjilat sisa baki ais krimnya. Wajahnya kini difokuskan kepada Mike. Rambutnya dibiarkan terbuai mengikut arus angin.

“What is it?”.

“Its about me…”.

Huh, soalan apa macam tu. Mike memandang wajah Atilia dengan seribu tanda tanya.

“Tak faham,” balas Mike ringkas.

“I mean, ada something about me yang you tak nak bagi tau….”.

“Lia!”.

Atilia menoleh. Kelihatan sekumpulan mahasiswa menuju ke arah mereka.

“Lia!!!”.

Mike melihat gadis itu tersenyum. Tanpa berlengah lagi Atilia pun menuju ke arah mereka sambil berpelukan. Mike mengagak yang merekalah kawan-kawan Atilia. Tubuhnya digagahkan bangun menuju ke arah Atilia. Dia hanya membatu di situ tanpa sepatah kata.

“You ni Lia, puas kitaorang cari you, tak sangka pula you dekat sini,”.

“Penat kami cari you, you boleh sedap-sedap dating dengan pakwe you, apa punya kawan la kau ni,” seorang lelaki mengusik Atilia.

Mike tersenyum. Aku ke tu?
“Hish you guys ni, memandai je. Ni I nak kenalkan kawan I, Mike. Kitaorang terjumpa tadi,” Atilia memperkenalkan Mike yang berada di sebelahnya.

“Acctually, terjumpa secara tak sengaja…” Mike mengusik Atilia.

“Nice to meet you, I’m Scha” gadis bertocang yang dari tadi berkepit dengan Atilia memperkenalkan dirinya.

“Mamat yang serupa kerek ni, Boboi. Yang cik adik manis bertudung litup ni namanya Yuna. Yang ala-ala lelaki melayu terakhir ni…..,”

“Fakhrul kan….” Belum sempat Atilia memperkenalkan kawan-kawannya, Mike menyampuk.

Fakhrul yang dari tadi diam merenung lama wajah Mike. Memori ligat diputar kembali. Lalu dia tersenyum gembira.

Dari satu sudut Atilia terpinga-pinga melihat. Aik mereka ni pernah jumpa ke? Otaknya cuba mentafsir sesuatu.

“Asyraf Mikael bin Tan Sri Khalis…” Fakhrul bertutur perlahan.

“Lama tak jumpa, kawan lama.” Mike tersenyum puas. Lalu mereka berpelukan gembira. Di tengah-tengah bandaraya Victorian, dua sahabat lama kini terjumpa secara ‘tak sengaja’….






Maksud ayat…

buíochas a ghabháil leat
terima kasih


le chéile
sama2

ag cén praghas?
Berapa harga

ach € 10 leat
Cuma 10 euro tuan..